CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 24, 2010

pernah dengar frasa sehari bagai setahun lamanya?

23 jun 2010


jam 0500

tit.tit. text message received. [kakak sumber kegembiraan]
> kau dah bangun ke belum?
> dah. tengah kemas bantal. nak mandi lah ni.
> ok. 5.30 tau!

jam 0520

tit.tit. text message received. [kakak suka cekelat]
> kakak baru bangun. kamu dekat mana?
> orang da nak gerak..
> ok.

jam 0535

trrt. trrt. miss called. [kakak amoi bagan]
dah lambat!
meter kph teddy [100 kph]

jam 0540

parking teddy di rumah kakak amoi bagan. gerak ke seri kembangan atas dasar membuat traffic survey.

jam 0700 - jam 0900

hujan. mula traffic counting sesi pagi. terus-terusan melihat ke arah jalan raya walaupun jalan tu memang tak ada kereta yang lalu. aku dengan kakak praktikal uia berduaan memerhatikan kenderaan. tak kurang manusia. macam-macam fiil.

jam 1000

sampai office. layan sembang di laman sosial ternama. buat-buat busy. update kiraan traffic counting pagi tadi. borak-borak dengan kakak praktikal uia.

jam 1200

pemilik syarikat masih berbincang dengan kakak amoi bagan dan abang pengantin baru ketika waktu ini padahal dah berjanji nak pergi makan-makan atas sebab farewell untuk aku dan kakak praktikal uia. tapi kami diamkan.

jam 1320

"hah! lah saya ingat baru pukul berapa. ok. ok. saya datang sekarang," pemilik syarikat menjawab panggilan.

"kenapa kamu semua tak cakap dengan saya dah pukul 1? saya booking restoran tu dari pukul 12. jom. jom. nanti orang ramai," ujarnya.

panggilan tersebut sedikit sebanyak melegakan perut kami yang dari tadi berkaraoke irama melayu deli. beriyani gam ayam. menu aku. sedap. tapi ta sesedap beriyani gam di putrajaya yang aku pergi bersama bff pinky. pinggan besar laksana UFO.

jam 1430

pemilik syarikat bergegas ke meeting. sekali lagi kami lega. heheh. kenapa? jangan tanya. kamu ada jawapan.

jam 1600

bergegas ke seri kembangan. hujan. lebat. rintik-rintik. rebas. berbual gaya sudah lama tak jumpa dengan kakak praktikal uia.

jam 1700 - jam 1900

rebas. mula traffic counting sesi petang. lagi banyak kenderaan. tapi tak adalah sampai jamm 8 kilometer. berborak dan bersenda. asyik-asyik dengan kakak praktikal uia. hahahah! kesian dengan dia masa ada orang bergaduh betul-betul depan mata kami. seram sejuk. aku gelak. tiba-tiba dia ambil bunga. dan-dan hujung bunga nak ada ulat apa bagai. keluar suara jantan aku menjerit. wahahahah!!

jam 2000

pasar malam seksyen 7, shah alam. meses bff pinky.
> i dekat pasar malam. mahu kirim?
...
...
...
no reply.
beli ape yang patut. karang sure dia bedal je apa aku beli. bagus dapat housemate yang tak kisah makan. makan apa saja. bagus. senang bawak pegi kenduri.

jam 2030

sudah berada di rumah. makan. bff pinky turut serta memeriahkan acara. dah agak dah. misti dia kaut punya. nasib baik hati positif aku cakap beli je lebih. karang misti habis punya.

jam 2230

habis makan + borak-borak. mandi. kemas-kemas.

jam 2359

terbang.



* TULISAN ADALAH BERPANDUKAN BUKU LOG LATIHAN PRAKTIKAL. HARAP MAKLUM. [dalam konteks tunjuk dedikasi sebab esok adalah hari terakhir praktikal]

0 contengan: