CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 15, 2010

melangkaui batas kemampuan diri

entri ini tidak berapa bagus. harap bosan dan cari jalan lain untuk suka-suka.



alkisah....




hujung minggu yang sangat menyeronokkan. bakal-bakal perancang berjaya merancang satu piknik yang bagi aku memang berjaya. sebab ramai pergi dan
seronok sampai menelan air menerusi hidung. lewat 10 pagi, konvoi 7 kenderaan kami tiba di penghujung unjuran banjaran titiwangsa yang menyusur ke dalam hutan khatulistiwa.


malam sebelumnya, bermalam di rumah ratu permainan video dalam talian. okeh. dia sangat bersemangat mengajar aku main permainan video dalam talian bersama sniper-snipernya. aku tak ingat apa nama permainan tersebut. yang penting, melihat
cara dia mengendalikan keyboard boleh membuat nafsu muntah aku membuak kerana aku sememangnya gayat dengan permainan video yang fokus pada kamera muka ni.


esoknya, pagi-pagi lagi serizawa kejut aku
atas dasar tak mahu terlambat dan terkejar-kejar di kemudian jam. tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. abang kamera tiba lewat untuk mengutip aku dan serizawa. dah lewat kami lewatkan lagi dengan pergi ke shah alam kerana abang kamera tak bawa baju nak mandi.


tak apa jep. dia yang bawa kereta. aku duduk belakang sambil berkerut-kerut menahan hati kerana bakal-bakal perancang yang tunggu di shah alam dah bertalu-talu menelefon dan mengantar pesanan ringkas tapi padat.


setelah itu, kami semua memulakan pengembaraan luar biasa dengan berpaksikan pada satu tujuan. mandi air terjun. ini trip kedua selepas trip pertama di ulu licin, kampar, perak. tika itu, hanya tuhan yang tahu perasaan aku.


aku berada dalam keluarga yang kalau pergi tempat mandi bukan bersama keluarga, memang tak boleh mandi. memang sejak azali lagi aku dibesarkan dengan cara ini. pertama kali pergi dengan kawan-kawan, aku tak dapat menahan nafsu yang bergelojak nak mandi. der... air terjun depan mata. nak mampos ke aku tak ghairah tengok. jadi aku mandi juga. hehe.


sampai je aku dah mula rasa seronok. tapi betul orang kata seronok selalu tak lama. aku jalan depan sikit, rupanya kena daki tangga yang aku rasa
lebih kurang nak naik kuil batu caves. bayangkan? jangan. baik pegi rasa sendiri. dekat sepuluh kali aku pit stop. hampir 20 minit baru aku tiba di atas. orang terakhir. yang bawa benda penting. khemah. selagi aku tak sampai, budak perempuan semua tak dapat nak salin baju. hehe. apape pun mereka dah ada yang mula tukar seluar dan tak kurang yang cuba menghidupkan arang.


aku perlu
merangka strategi agar aku tak perlu panggang ayam dan boleh terus-terusan mandi dan boleh terus-terusan makan dan terus-terusan mandi semula. buat rajin pada awalnya. tolong dirikan khemah. tukar pakaian mandian [bukan pakaian mandi oke... mandian] masuk je air, satu perasaan sejuk tak dapat aku nak ungkapkan. menggigil sampai berselisih geraham aku. punyalah sejuk. beku darah dalam badan.


dekat 10 mins aku dah boleh biasakan diri dengan keadaan kesejukan melampau tersebut. dapat pulak bola pooh bear yang dibeli oleh serizawa. masing-masing main macam adik-adik baru jumpa bola dan air. main baling-baling yang pada mulanya kira sambilan bagi kami. makin lama
balingan menjadi semakin tepat di kepala dan tiada lagi belas kasihan.


dua jam berendam, masing-masing dah mula terasa kembang. benyek. tidak bermaya. kedengaran dengan jelas dari perut,
melagukan irama melodi kelaparan yang membuak. naik kejap. buat-buat tanya pasal ayam panggang tadi. dah siap. macam tahu-tahu je aku dah lapar. acara layan diri ini aku mulakan dengan amik pinggan dan ayam, lalu bersila di satu sudut berdekatan bff pinky. tapak persilaan agak kecil lebih kurang 6'x6'. tapak khemah.


dan-dan tengah bersantap, datang dua, tiga orang lagi yang saiznya tak lebih kurang dengan aku dan bff pinky. maka terjadilah satu episod kesempitan dalam persimpuhan aku dan bff pinky. hehe.. [kawan-kawan aku majoriti berskala l dan xl, semua stock kaki pukul].


selesai menjamah hidangan yang ala kadar tapi sungguh menambat selera, ekspedisi menyelami sungai gabai diteruskan. acara sebelum makan tadi disambung semula. masing-masing tidak tahu letih. kemudian port gelongsor kami lihat lengang. dengan pantas masing-masing pun bergerak menuju ke gelongsor semulajadi terbabit. tiba-tiba ada jeritan yang membuatkan aku terus bangun keluar dari air dan duduk di tepi batu..




"ade pacat!!!!!!!!"




ouh.em.gee. ----> [sebut dengan nada yang sungguh orang putih celup]



pacat weyh!!! sangat menggelikan. aku memang tak boleh dengar pasal ini. pacat. lintah. cacing. ulat. ish. pantang nek moyang. geli ok, geli. jadi sesudah kegelian meresapi tubuh, aku terus je lepak kat batu sambil tengok budak-budak lain turun menggelongsor dengan pelbagai gaya sarkas dan dramatik. depan. belakang. tunggang-terbalik. semua cara ada. tak perlu beli tiket sarkas diraja ternama. hanya perlu datang sini bersama kawan-kawan.


aku tengok bff pinky telah selamat ditarik turun melalui gelongsor tersebut. sangat kelakar keadaannya.sedang-sedang enak aku perhatikan bff pinky tenggelam timbul di kolam bawah, serizawa dan mr president persatuan mendatangi aku dengan senyuman yang penuh dengan seribu satu makna buat aku.belum sempat buka langkah, serizawa sempat capai tangan aku.


aku tahu, nasib aku akan sama seperti bff pinky. perlakuan macam itu aku tidak redha. tapi bila aku fikir semula, bukan selalu kena macam tu. paling tidak air masuk ikut mulut dak keluar ikut hidung. menyenangkan? sudahnya, aku redha sebab aku yakin bukan selalu aku dapat merasai kenangan seperti ini. hanya hari ini. belum tahu andai ada hari lain aku mampu seronok begini.


balik je, serizawa dan abang kamera memandu berganti-ganti dari sungai gabai ke kajang walaupun jaraknya tidak sampai 30km. penat kata mereka. tu la. mandi tak ingat. akhirnya kami melepaskan lelah di mapley kegemaran aku dan serizawa. macam-macam kami makan. selepas tu, aku ambil nouvo di rumah serizawa dan terus pulang ke rumah. belum sempat lepas penat, mama dah tunggu di bawah.


"jom balik seremban. kejap lagi ayah turun,"


tak boleh menolak. meluru aku masuk ke dalam kereta. balik seremban. 5 minit je meletakkan kepala di bantal di samping selsema yang menjelang akibat pengeluaran dan kemasukan air yang berlebihan melalui hidung. sedar-sedar, dah pukul 11 pagi keesokan harinya.




penat.penat seronok. penat. penat.