CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 25, 2010

bila ada masa aku akan datang bertemu kalian

hari ni aku pergi kerja tidak rider seperti selalu. bff pinky serta kuma hantar. mungkin pagi tadi agak muram. bulat pinky tahu aku alah pada hujan. setitis hujan di badanku umpama runtuhnya tembok penjara pudu. orang nampak biasa tapi kesannya hanya aku yang tahu.

sampai office 8.20 pagi. seriously terlalu awal bagi pelajar praktikal seperti aku. haha! tapi aku suka datang awal. sempat nak bersarapan apa bagai. buka office. sambil tu berfikir. hari terahir aku praktikal di sini, seribu satu kisah aku dapat rasa. macam-macam ada. tak perlu ada siaran parabola berbayar.

kakak sumber kegembiraan bercuti kerana hal keluarga. yang lain buat kerja masing-masing. macam biasa. kakak amoi bagan dengan pelan-pelan beliau dan betapa sibuknya beliau setiap kali pemilik syarikat berada di office. abang pengantin baru yang berjawatan planner merangkap runner yang acap kali keluar untuk follow up dengan client serta agensi kerajaan. kakak suka cekelat bangun lambat pagi ini atas dasar tak mahu bertemu musuh dalam selimut. kakak praktikal uia yang katanya berdiet kehulu kehilir dan stop makan french fries yang kakak amoi bagan letak di meja tempat aku duduk.

mungkin minggu depan, mereka masih meneruskan perjalanan hari begini. sedangkan aku bercuti yang aku rasa tak cuti mana pun lah. sekadar melepaskan lelah bekerja dan membuat persediaan mental sebelum bermulanya semester baru. tak ada dah aku yang datang awal buka office pagi. tak dapat dah aku rasa nak berebut susun punch card nak balik. turun makan awal mase pemilik syarikat tiada di office. buat OT [sekali je kot aku balik kul 10 malam. tak lebih dari itu]

tapi aku akan datang sini semula. ada perjanjian antara aku dan mereka. yang mengikat aku dan mereka. pizza serta cokelat. hahaha! macam bela jerung pulak. tapi memang berbaloi belanja mereka makan. sedikit pun aku tak rasa menyesal dapat praktikal di sini. pengalaman yang indah. menarik. mengajar aku cara hidup orang bekerjaya semasa di tempat kerja. etika yang tak berapa beretika. hehe. tapi aku seronok. biar pun ketika ni aku masih tak dapat tunaikan elaun yang diberi dalam bentuk cheque, tapi aku seronok.

aku harap mereka akan dapat kerjaya yang bersesuaian dengan kelulusan mereka. sebenarnya nak sebut dengan lebih tepat, gaji yang bersesuaian dengan kerja mereka. lebih jelas. andai ayah aku kaya, aku buka satu firma perancangan, aku ambil semua pekerja di sini bekerja dengan firma ayah aku tu. syarikat ini? syarikat ini akan terus berkembang. memerlukan muka-muka baru untuk menerajui perjalanan syarikat yang penuh liku.

tapi apa nak buat, bapak aku hanya kontraktor kecil. masih belum mampu nak ambil ramai pekerja melainkan yang berbangsa asing untuk dijadikan buruh. aku akan ingat kalian. gelak tawa. senda gurau. makan-makan. apa saja yang berlaku dalam 6 minggu ini.





aku akan ingat.

Thursday, June 24, 2010

pernah dengar frasa sehari bagai setahun lamanya?

23 jun 2010


jam 0500

tit.tit. text message received. [kakak sumber kegembiraan]
> kau dah bangun ke belum?
> dah. tengah kemas bantal. nak mandi lah ni.
> ok. 5.30 tau!

jam 0520

tit.tit. text message received. [kakak suka cekelat]
> kakak baru bangun. kamu dekat mana?
> orang da nak gerak..
> ok.

jam 0535

trrt. trrt. miss called. [kakak amoi bagan]
dah lambat!
meter kph teddy [100 kph]

jam 0540

parking teddy di rumah kakak amoi bagan. gerak ke seri kembangan atas dasar membuat traffic survey.

jam 0700 - jam 0900

hujan. mula traffic counting sesi pagi. terus-terusan melihat ke arah jalan raya walaupun jalan tu memang tak ada kereta yang lalu. aku dengan kakak praktikal uia berduaan memerhatikan kenderaan. tak kurang manusia. macam-macam fiil.

jam 1000

sampai office. layan sembang di laman sosial ternama. buat-buat busy. update kiraan traffic counting pagi tadi. borak-borak dengan kakak praktikal uia.

jam 1200

pemilik syarikat masih berbincang dengan kakak amoi bagan dan abang pengantin baru ketika waktu ini padahal dah berjanji nak pergi makan-makan atas sebab farewell untuk aku dan kakak praktikal uia. tapi kami diamkan.

jam 1320

"hah! lah saya ingat baru pukul berapa. ok. ok. saya datang sekarang," pemilik syarikat menjawab panggilan.

"kenapa kamu semua tak cakap dengan saya dah pukul 1? saya booking restoran tu dari pukul 12. jom. jom. nanti orang ramai," ujarnya.

panggilan tersebut sedikit sebanyak melegakan perut kami yang dari tadi berkaraoke irama melayu deli. beriyani gam ayam. menu aku. sedap. tapi ta sesedap beriyani gam di putrajaya yang aku pergi bersama bff pinky. pinggan besar laksana UFO.

jam 1430

pemilik syarikat bergegas ke meeting. sekali lagi kami lega. heheh. kenapa? jangan tanya. kamu ada jawapan.

jam 1600

bergegas ke seri kembangan. hujan. lebat. rintik-rintik. rebas. berbual gaya sudah lama tak jumpa dengan kakak praktikal uia.

jam 1700 - jam 1900

rebas. mula traffic counting sesi petang. lagi banyak kenderaan. tapi tak adalah sampai jamm 8 kilometer. berborak dan bersenda. asyik-asyik dengan kakak praktikal uia. hahahah! kesian dengan dia masa ada orang bergaduh betul-betul depan mata kami. seram sejuk. aku gelak. tiba-tiba dia ambil bunga. dan-dan hujung bunga nak ada ulat apa bagai. keluar suara jantan aku menjerit. wahahahah!!

jam 2000

pasar malam seksyen 7, shah alam. meses bff pinky.
> i dekat pasar malam. mahu kirim?
...
...
...
no reply.
beli ape yang patut. karang sure dia bedal je apa aku beli. bagus dapat housemate yang tak kisah makan. makan apa saja. bagus. senang bawak pegi kenduri.

jam 2030

sudah berada di rumah. makan. bff pinky turut serta memeriahkan acara. dah agak dah. misti dia kaut punya. nasib baik hati positif aku cakap beli je lebih. karang misti habis punya.

jam 2230

habis makan + borak-borak. mandi. kemas-kemas.

jam 2359

terbang.



* TULISAN ADALAH BERPANDUKAN BUKU LOG LATIHAN PRAKTIKAL. HARAP MAKLUM. [dalam konteks tunjuk dedikasi sebab esok adalah hari terakhir praktikal]

Friday, June 18, 2010

di sebalik kebenaran

permulaan minggu yang kelakar bila pertama kali aku nampak bff pinky pakai baju kurung untuk pergi kerja.


"kau jangan buat pasal..." aku jerit.

"aku buntu. da tak tahu nak pakai baju apa.." balas bff pinky.


sangat. sangat weird. hahaha!


sepanjang minggu ni, aku berusaha nak cari bahan untuk buat internship report. korek balik plan-plan yang pernah aku edit walaupun tukar dari perkataan 'permohnn' kepada 'permohonan' dan tekan print je. hey! aku buat kerja okeh!


Kebanyakan artikel yang aku baca, perenggan pertama mesti ada frasa ini.


"latihan praktikal adalah untuk mendedahkan pelajar dengan situasi sebenar semasa bekerja"


ajaib?


bukan. ini realiti.


setelah 5 minggu [4 sebenarnya. kan aku mc seminggu] aku lalui latihan praktikal macam-macam aku dapat. mostly ilmu. yang lain-lain hanya tambahan untuk menyeronokkan hari aku. bos aku. aku tak berani nak pandang muka setiap kali dia bercakap dengan aku.


"ain, awak buat kerja apa sekarang?"

"saya digitize plan tu. saya digitize plan ni. saya siap kan tu. saya siapkan ni"


antara jawapan spontan yang aku keluarkan untuk cover diri. pada dasarnya, aku sedang galak membalas komen dari laman sosial ternama dengan kawan-kawan.


please jangan silap. bukan aku sahaja yang buat begitu. semua kawan-kawan pun buat. kecuali di tempat yang banyak sekatan. tak percaya? memang ramai tak kan nak tunjuk pada bos... tapi kalau borak sama-sama lepas habis praktikal nanti, cuba tanya mereka. siapa lagi yang buat?






more that half of the batch will raise their hands. perhaps both of their hands. and legs. tanpa rasa was-was.

Thursday, June 10, 2010

semunya cun saja

huh. da lama aku ta post sebab lepas sakit aku dedikasi meneruskan latihan praktikal. i just don't have enough time for myself. memang la. tak adalah sibuk mana. cuma nak manage masa tak berapa pandai lagi. tapi setelah separuh masa daripada tepmoh latihan aku dah boleh biasakan diri dengan kehidupan bekerjaya.


aku dah boleh keluar malam untuk lepak dengan kawan-kawan. dah boleh curi masa pergi menonton wayang pada hujung minggu. boleh tidur ikut masa orang dewasa.


aku semakin dewasa.

aku perlu terima.


tapi aku rasa aku tak matang lagi pada certain parts of my life. hehe. adat la. aku tak habis belajar lagi. time study an kena enjoy. haha!


pindah rumah. kuma, serizawa serta bff pinky datang membantu dengan jayanya. thanx to all of you sebab banyak tolong aku susah dan senang. berduit atau tidak. aku sayang kamu semua. berjaya dengan perpindahan ini, maka tinggallah abang aku ditemani bella yang setia menemaninya pergi kerja.


sabar ye abang. kami sayang abg. nanti abg da ade teman. hehehehehe~ seriously going crazee for that. tak boleh nak tunggu. nak tengok hari bahagia abang aku. semoga semuanya berjalan lancar.


semua orang dalam hidup aku melangkah ke satu fasa yang belum pernah mereka alami. begitu juga aku. aku harap semua yang berlaku ada hikmah dan tanggungjawab aku adalah untuk meneruskan hidup aku. seperti biasa.





walaupun aku tak tahu apa yang akan mendepani aku.