CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 21, 2010

betul atau salah bukan persoalan, yang penting yakin!

rabu takde class. aku lepak je kat studio menyiapkan ape yang perlu. banyak yang tak perlu la kan.. huhu~ petang dengan ditemani bff warna warni aku cari kurier express ternama di malaysia. ta jumpa. seksyen 23 memang sangat hell. lori, trailer, segala atok abah yang sekufu dengannya aku elak. memang sukar untuk aku gambarkan perasaan aku kala itu. macam-macam. nouvo langgar lubang. kecik je pown. kesannya enjin mati di tengah puluhan kenderaan yang laju. bayangkan? jangan la ok. cukup aku dan bff warna warni yang rasa.


dah ta jumpa aku gave up. pergi alam sentral sebab bff warna warni mahu buat tempahan goodies untuk satu event yang dia handle untuk hari sabtu. parking di luar. 15 minit je. surat saman oleh kuda putih telah diletakkan cantik dalam raga nouvo. wtfish!!!!!!!!!! aku buka tengok.. wah! nasib baik saman parking je. tak masuk mata kejara beb sebab aku masih p.. hokhokhok~~ loser ae p~~ peduli ape aku loser. bukan bapak orang lain ada tolong bayar masa aku na amik lesen en. balik platinum. minum air kosong untuk kosongkan minda. tido.


studio pagi ni tak stress macam masa aku present concept last week. sangat kejang ketika itu. tapi aku glad concept aku lepas. prestigious island. aku nak pecahkan kuantan menjadi pulau. boleh jadi? cuma masih mencari idea mahu buat schematic plan. masing-masing macam tak bersedia nak pergi kota singa. ye la. pagi tu ade studio boleh tak? sangat tak bersedia. petang ade class transport. ada test yang aku tak tahu pe aku perlu jawab..


so, habis petang tu dengan class. balik terus terusan platinumies pack baju. masing-masing dengan beg tarik sorang satu. hahah! biasalah. perempuan. macam-macam nak diangkut. tumpang-tumpang kawan sampai dalam campus dan naik bas uitm di hatiku ke sentral kuala lumpur. naik tren 10.30 malam.


dalam tren gila bapak hiruk pikuk. dua gerabak tu kami je yang conquer. macam pasar ikan. dalam kul 11.30 pm belum sempat sampai stesen kajang, tren berhenti. bising-bising lagi. aku dengan kawan sekampung lagi la berdebar.. kajang siot. berhenti lak tu. tapi sume wondering nape tak berhenti di stesen. lama-lama, masing-masing malas nak layan hal tren. hiruk pikuk dan jadi senyap sunyi. sume tertidur.


sedar-sedar da 3.30am. smer start borak balik. tapi ade something yang tak kena. rupanya kami di tempat yang sama kami tidur tadi. wtfish! tren tak jalan pown 4 jam ni! selidik punya selidik, rupanya lokomotif rosak. aduih~ delay aa dalam 5 jam. dalam pada nak buat-buat tenang tu, kami duduk kat pintu hirup udara awal pagi. tiba-tiba...

"jom pegi cafe nak..."' kata otai kota singa.

"jom2 abang chief de mission pown ade kat cafe tu kan", kata sorang yang tak dapat aku tangkap sape.

"jom. kte suruh abang chief de mission belanja kte coffee..", lalu kami dalam 9 orang bergerak dari gerabak K2 merentasi K3 dan setibanya di L2, mr president persatuan panggil otai kota singa yang lead penjelajahan ke cafe.




"otai kota singa! keretapi ni mana ada cafe.....!"'


PERGH!!!!! hancur hati aku yang mengiginkan secawan cappucino di kesejukan malam ni. wtfish! rupanya, tak semua tren ekspress ada cafe. hahahah! sape tah yang cakap abang chief de mission ade kat cafe lagi tu! what a dick! yang kami pun bukan nak bertanya dulu ke apa. terus redah je. sekali amik kau! da selang dua gerabak baru nak sedar. huh. jadi kami meneruskan malam chatting and ade yang snoring dikala hati membuak kerimasan. dalam 4.30 am baru tren jalan ke kota singa.


dah la. mahu makan cekodok tepung hasil tangan mama. nanti aku cerita ape yang berlaku di kota singa.