CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 25, 2010

bila ada masa aku akan datang bertemu kalian

hari ni aku pergi kerja tidak rider seperti selalu. bff pinky serta kuma hantar. mungkin pagi tadi agak muram. bulat pinky tahu aku alah pada hujan. setitis hujan di badanku umpama runtuhnya tembok penjara pudu. orang nampak biasa tapi kesannya hanya aku yang tahu.

sampai office 8.20 pagi. seriously terlalu awal bagi pelajar praktikal seperti aku. haha! tapi aku suka datang awal. sempat nak bersarapan apa bagai. buka office. sambil tu berfikir. hari terahir aku praktikal di sini, seribu satu kisah aku dapat rasa. macam-macam ada. tak perlu ada siaran parabola berbayar.

kakak sumber kegembiraan bercuti kerana hal keluarga. yang lain buat kerja masing-masing. macam biasa. kakak amoi bagan dengan pelan-pelan beliau dan betapa sibuknya beliau setiap kali pemilik syarikat berada di office. abang pengantin baru yang berjawatan planner merangkap runner yang acap kali keluar untuk follow up dengan client serta agensi kerajaan. kakak suka cekelat bangun lambat pagi ini atas dasar tak mahu bertemu musuh dalam selimut. kakak praktikal uia yang katanya berdiet kehulu kehilir dan stop makan french fries yang kakak amoi bagan letak di meja tempat aku duduk.

mungkin minggu depan, mereka masih meneruskan perjalanan hari begini. sedangkan aku bercuti yang aku rasa tak cuti mana pun lah. sekadar melepaskan lelah bekerja dan membuat persediaan mental sebelum bermulanya semester baru. tak ada dah aku yang datang awal buka office pagi. tak dapat dah aku rasa nak berebut susun punch card nak balik. turun makan awal mase pemilik syarikat tiada di office. buat OT [sekali je kot aku balik kul 10 malam. tak lebih dari itu]

tapi aku akan datang sini semula. ada perjanjian antara aku dan mereka. yang mengikat aku dan mereka. pizza serta cokelat. hahaha! macam bela jerung pulak. tapi memang berbaloi belanja mereka makan. sedikit pun aku tak rasa menyesal dapat praktikal di sini. pengalaman yang indah. menarik. mengajar aku cara hidup orang bekerjaya semasa di tempat kerja. etika yang tak berapa beretika. hehe. tapi aku seronok. biar pun ketika ni aku masih tak dapat tunaikan elaun yang diberi dalam bentuk cheque, tapi aku seronok.

aku harap mereka akan dapat kerjaya yang bersesuaian dengan kelulusan mereka. sebenarnya nak sebut dengan lebih tepat, gaji yang bersesuaian dengan kerja mereka. lebih jelas. andai ayah aku kaya, aku buka satu firma perancangan, aku ambil semua pekerja di sini bekerja dengan firma ayah aku tu. syarikat ini? syarikat ini akan terus berkembang. memerlukan muka-muka baru untuk menerajui perjalanan syarikat yang penuh liku.

tapi apa nak buat, bapak aku hanya kontraktor kecil. masih belum mampu nak ambil ramai pekerja melainkan yang berbangsa asing untuk dijadikan buruh. aku akan ingat kalian. gelak tawa. senda gurau. makan-makan. apa saja yang berlaku dalam 6 minggu ini.





aku akan ingat.

0 contengan: