CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 18, 2010

perasaan kurang senang bukan bermakna aku tak suka

entri kali ini mungkin mengguris mana-mana pihak secara tak langsung. tapi ini betul-betul dari hati aku. ok mungkin ramai antara kawan-kawan perasan, cara aku berpakaian dulu dan sekarang memang berbeza. dulu aku memang tak yakin dengan diri aku. tapi sejak kenal dengan seorang minah kelantan dari kubang golok ni, persepsi aku pada fesyen dan keyakinan aku pada diri sendiri berubah. makin lama aku dah boleh improve. kalau bagi kawan-kawan uitm tengok gambar aku masa sekolah dulu, mau gak setahun aku kena berkeliaran pakai beg kertas kat kepala. masa tu, aku mengaku, aku memang tak tahu yang aku perlu pakai pakaian dengan baik.


tapi one thing for sure, dari dulu sampai sekarang, seluar track memang tak pernah baik dengan aku. aku memang tidak sekali-kali keluar melepak dengan memakai seluar track. it's so not me. damn no. aku juga tak gemar tengok orang yang pakai track suit tak kena pada tempat seperti nak pegi tengok wayang pun nak pakai seluar track konon nak nampak simple. dik, nenek akak kalau pergi rumah jiran pun mau dia pakai kebaya tau. kau muda mudi pulak nak bersempoi-sempoian.


ada antara kawan-kawan aku yang kurang mengambil berat soal personaliti. aku bukan nak kata aku lawa sangat. tapi kita dah semakin dewasa sayang. tak ke kau rasa kita perlu melawa sikit bukan bertujuan untuk mencari publisiti murahan. cukup untuk sedap mata memandang. mungkin ada antara rakan lelaki aku akan cakap pada budak perempuan yakni kawan-kawan aku ni tak payah nak melawa. melawa bukan untuk duniawi ni. depan suami je boleh melawa. aku agak allergic dengan orang yang tak faham situasi ni.


ok boys. memang kau kata tak payah nak melawa duniawi. nanti depan suami baru melawa. ok aku nak tengok, kau bawak awek kau keluar nanti, jumpa mak kau ke, jumpa kawan-kawan kau ke, TAPI, jangan bagi dia melawa. pakai compang camping, selipar dah memadai dan rambut kusut masai atau pin tudung di pipi bagi yang bertudung [lagi afdal tudung jangan gosok].


sekarang, aku nak dengar apa mak kau kata. memadai tak hantaran rm10k yang bakal kau hulurkan padanya dengan kesedapan mata yang di bawah paras minima walaupun air tangannya mengalahkan hidangan masakan di hotel 5 bintang.

2 contengan:

khalidahmacambaguss~O_o

hahaha....aku yakin dgn neutral beauty aku......;p

KaY ゆうくずり HuSsAiNi

ahaha~I sokong ko 100%!!
bile kt melawa, dorg kate kite melawa x kene tempat. bile kite pakai mcm minah senget kt tepi jalan dorng mengutuk. So apa2 pon, biar kite melawa untuk diri sendiri. asal kiter sendiri nampak presentable dan yakin. Who cares what other people think! As long as you care about what you think!