CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 19, 2010

permulaan kerjaya sebagai seorang [mungkin] perancang bandar

baru start praktikal. hari ke-3 aku da collapse. bukan sebab tak larat kerja. tapi sebab demam yang berlarutan sehingga memaksa aku ambil mc selama 6 hari. tinggal bff pinky keseorangan di rumah. cuti 6 hari bermakna habis percuma praktikal minggu kedua aku.


duduk rumah memang sangat lepak. lebih-lebih lagi tengah sakit. ayah tolong masak hampir seminggu aku terbaring. semua kawan-kawan bersimpati. thanx for your concern. aku sangat terharu bila semua bagi sokongan. masih tak larat tapi sempat online. sebab semangat nak baca comment. hahaha!



hari pertama demam doktor di pusat kesihatan cakap "adik mungkin suspect virus ILI" influenza like illness. dalam kadar 50% daripada denggi dan H1N1. 3 hari demam masih tak mencukupi. pergi klinik lain doktor cakap "awak tak kena denggi ni. tapi mungkin demam campak" ah sudah! 2 penyakit dalam masa 4 hari. my very worst days and weekends. memang aku ta suka demam mahupun selsema. lepak. lepak. lepak. weekend yang sudah hampir sembuh dari campak, perut dah masuk angin. nah! sakit lain pula datang. perlu muntah untuk terus hidup normal. tapi angin je keluar.


weekend tu juga kami sekeluarga pergi cuci rumah baru di seremban. hehe. masih sempat berjalan walaupun sakit. tu cara aku. jalan untuk hilangkan sakit. malam tu, aku muntah dan satu perasaan yang sangat lega aku alami. macam ada sinar baru dalam hidup dan aku tahu, aku dah makin pulih. haha!


nak balik shah alam, kuma datang jemput aku di rumah bersama bff pinky, ajk ikon serta bff warna warni. mama jamu mereka dengan bihun [sebenarnya kuma yang nak makan]. dan sebagai penamat cuti panjang aku, balik je shah alam, kawan-kawan ajak pergi satu yang aku rasakan seperti konsert anjuran sebuah stesen tv kerajaan. hah! seperti yang aku jangka, aku sudah pulih dan bersemangat mahu meneruskan latihan praktikal esok.




aku yakin.

0 contengan: