CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

ke mana tumpahnya kuah? kadang tak tumpah pun. buang je. membazir!

selasa lepas rombongan keluarga aku bergerak ke sekolah kebangsaan seremban 2a berpunca dari hari anugerah kecemerlangan yang diadakan di sekolah tersebut. yeah... misti kamu semua ingat adik aku dapat nombor dan naik pentas amik hadiah. tapi.... ttiiiiiiddddaaaaakkkkk!!!!!! kami pergi sebab dia masih ambil hadiah tapi atas sebab cemerlang matapelajaran bahasa melayu penulisan. tah apa dia goreng cikgu dia pun aku tak pasti.


semangat aku na tengok nana ambil hadiah bahagian akademik buat kali pertama memacu aku melangkah dengan bongkaknya ke barisan paling hadapan. sekali aku dah duduk dan toleh rupanya ayah dengan mama duduk barisan tengah. adeh. semangat jauh dari kemampuan. aku bangun dan ambil tempat di sebelah mama. pukul 8.30.


borakborak dengan mama, terperasan satu nama budak darjah 3. nurul ain binti abdul hisham. hahahahahaha! aku gelak. tak sorok. mama pun gelak. aku tunjuk pada ayah. ada pulak nama kakak binti abang katanya. pandang sekeliling. tengok kerenah manusia dan anak-anak yang tak tahu mak dia hadiri majlis. buas. tapi aku suka tengok budak buas. nanti boleh cubit. aku kalih pandangan ke sekeliling kawasan. mana la adik aku ni. monolog aku dalam hati. jam dah 9.30. tak juga dimulakan majlis walaupun aku dah nampak cikgu-cikgu sedang hingar bingar menguruskan anak-anak kecil yang akan mengadakan persembahan.


pukul 10 pagi, secara tibatiba, paluan kompang dimulakan dan bergema di corong pembesar suara mengumumkan kedatangan seorang senator negara yang dijemput untuk merasmikan majlis. adoi. pakcik, awak dah tentu orang besar. tapi tak reti tepati masa. saya orang biasa, boleh je datang awal. ni perangai orang-orang besar [bukan gemuk ok] yang aku tak gemar. dia buat orang tunggu dia macam la hebat sangat. datang nak berarak kompang red carpet bunga kondel bagai. buat aku teringat satu perkara yang buat jamm di pintu belakang uitm masa perasmian satu butik gah berdekatan dengan tempat kejadian.


polis tutup jalan time student keluar tengah hari. bayangkan. tapayalah. aku habiskan menunggu 10 minit di traffic light tu dengan ayat-ayat syaitan yang tak terkawal. penat bff pinky sabarkan aku dari atas suzuki revo nya. ape la punya manusia. nak senang je hidup. ada fikir rakyat macam aku ni yang tersekat dalam jamm sebab mereka? hey manusia! allah tak sediakan kau tangga bergerak ataupun lif berhawa dingin sebagai jalan mudah untuk berjumpa-Nya nanti. mari orang-orang besar. cuba hidup bersama rakyat jelata ne. biar kau tahu susah senang kami.


berbalik kepada hari anugerah yang aku hadiri. dah la lambat, orang besar tersebut dapat duduk depan sekali dekat sofa. oklah. kau ada pangkat. tunggu kau mati nanti. lepas tu ada persembahan budak kecik-kecik belaka. prasekolah katanya. suci aku tengok muka mereka. tak macam muka kawan-kawan aku. hmm... mungkin besar nanti akan jadi macam kawan-kawan aku. hahah! setelah puas toleh kiri, kanan, depan dan belakang tak lupa atas dan bawah, aku nampak juga barisan budak darjah empat yang sudah menantikan masa untuk mengambil hadiah. aku ternampak adik aku. hehe. comel. aku ingat dia paling besar. rupanya ada lagi yang lagi besar dari dia. haish. makan vitamin apa budak-budak sekarang.


tiba masa adik aku ambil hadiah, aku dah kedepan untuk dapatkan posisi menarik dengan menggunakan c901. aku dah parking kat port baik punya, tiba-tiba ada sorang cikgu yang badannya tidak kurang macam aku cuma lagi rendah, menyelit depan aku. puan, saya tawu puan pakai dslr. ta perlu pandang sinis terhadap kamera telefon bimbit saya yang tak seberapa ne. lagipun, bukan adik puan yang ambik hadiah kan? adik saya tu yang nak naik pentas tu tawu tak? emosi betul aku. aku acukan c901 depan dia buat-buat macam susah sangat nak ambil gambar kalau dia ada kat depan aku. lalu dia toleh dan cakap maaf. berlalu seraya terpijak kaki aku. ok. puan ta sengaja kan. takpe puan. bff pinky pun selalu pijak kaki saya. dia pun macam puan gak. saya tak marah pun. saya cool.

adik aku ambil hadiah juga akhirnya setelah 2 jam kami tunggu. tahniah atas kejayaan nana. kakak bangga dengan nana walaupun gagal matematik! wahahahahaha!!!

Wednesday, October 20, 2010

20102010

takziah buat mak ngah saba sekeluarga atas pemergian pak ngah.



semoga rohnya dicucuri rahmat.



al-fatihah

Thursday, October 14, 2010

dedikasi buat uda dan dara dalam konteks berdarah manis

salam 1malaysia.


pada tanggal 10.10.10 yang lalu, abang telah melangsungkan pertunangan dengan seorang gadis yang dikenali dengan panggilan kak fiza oleh aku dan nana di rumah kak fiza di kajang. gadis bernama kak fiza yang berumur sebaya dengan abang ini telah dikatakan telah mencuri organ-organ berikut dari abang.


1. hati; penyebab abang bersifat jiwang dalam pertuturan dan mesej
2. otak; penyebab abang tidak keruan tiap kali berjauhan dengan kak fiza
3. perut; penyebab abang jadi debab sebab kak fiza bagi abang makan banyak-banyak


mereka telah berkenalan sejak dari bangku sekolah rendah lagi sewaktu berumur 10 tahun tetapi perkenalan sewaktu budak-budak buta cinta dulu memang amat tidak mengesankan di hati masing-masing. tambahan pada waktu tersebut, masing-masing belum pun mencapai tahap nirwana untuk mengerti apa itu cinta.


dalam 10 tahun terpisah, abang telah dikejutkan oleh satu berita yang boleh tersayat hati jika mendengarnya. ha? nak dengar gak? tapi nanti tersayat hati? takpe? ok. kak fiza yang pada masa itu sedang menjalani program diploma di sebuah universiti milik penjana elektrik negara telah ditimpa kemalangan yang amat dahsyat sehingga menyebabkan kak fiza mengalami kecederaan parah dan trauma yang panjang. kak fiza ditempatkan di unit rawatan rapi dan pada masa itu, selepas 10 tahun, abang berjumpa semula dengan kak fiza.


abang kemalangan? ada. apa pulak tak ada. masa abang di bangku sekolah menengah sebelum ambil peperiksaan menengah rendah, dia memang ke sekolah menaiki basikal. nak dijadikan kemalangan, seorang mamat yang bajet aku-hensem-wey-tolong-la-pandang telah mengurat seorang awek di sebuah perhentian bas. mamat bajet aku-hensem-wey-tolong-la-pandang tersebut hanya memperlahankan kenderaan sambil memandang tepat ke arah awek yang menunggu bas di perhentian bas tersebut. awek yang diurat oleh mamat bajet aku-hensem-wey-tolong-la-pandang tu tidak sama sekali melayan mamat bajet aku-hensem-wey-tolong-la-pandang itu.


lalu, dek kerana syok sendiri mengurat, mamat bajet aku-hensem-wey-tolong-la-pandang tu telah terlanggar abang yang pada ketika itu sedang ralit mengayuh basikal pulang dari sekolah. abang aku jatuh terduduk dan terseliuh di pinggang serta mangalami kesakitan di bahagian belakangnya yang masih dirasai hingga kini. abang yang juga seram jika ternampak ular dan kelkatu itu tidak boleh duduk, berdiri atau berjalan terlalu lama kerana dikhuatiri belakangnya akan sakit.


tanggal september 2009 bermulalah kisah si uda dan dara ini ngedate bersama atas dasar 'kawan je'. sebulan selepas itu raya kan. ha... mereka dah start kunjung mengunjung. november yakni bulan kedua 'kawan je' tu kan, ha... jeng je jeng!!! deklarasi percintaan diucapkan... actually akhirnya diucapkan juga oleh abang kepada kak fiza selepas sekian lama minta pandangan aku [yelah. ni baru kali ke-2ke 3 abang dan aku dah berbelas kali dah kan]. lepas tu bermula lah episod ke episod yang mengandungi suka, duka, ceria, gembira dan macam-macam lagi dalam yang mewarnai hidup mereka berdua.


10.10.10


tarikh yang baik untuk mengikat pertalian mereka. hantaran pertunangan sebanyak 11 dulang dari pihak lelaki dan 13 dari pihak perempuan mengesahkan pertunangan antara abang dan kak fiza. aku yang turut berada di tempat kejadian berasa pelbagai perasaan yang sukar aku ungkapkan dengan kata-kata. aku gembira. aku sedih. aku suka. semua ada. lepas ini masing-masing abang dan kak fiza akan melangkah ke satu tingkat lagi dalam hidup mereka. begitu juga dengan orang di sekeliling mereka.


aku juga gembira sebab keluarga aku bersatu pada hari itu. abang bertunang dengan kak fiza. dan ini kali pertama aku bawa lelaki jumpa ayah sebab aku ajak [w] datang abang aku bertunang. kesemua 13 lelaki yang mendampingi aku, tak seorang pun yang 'bertelur' nak jumpa ayah tapi hegeh nak bawa aku ke sana sini. penerimaan keluarga okay cuma perlu adjust sana sini sikit supaya lebih presentable. wahahahah! tapi yang aku excited lebih sebab aku tak ada kakak. jadi perasaan nak berkakak ipar tu meluap sikit lebih dari yang lain.


yang paling penting. kepada abang dan kak fiza, entri kali ini adalah khas buat abang dan kak fiza. owang sayang kowang!






selamat bertunang!


















Sunday, October 3, 2010

jadual yang padat boleh menyah-sistematik-kan hidup

pagi tadi, secara tak sengaja aku terbangun awal. ulang okay. terbangun awal. jadi aku main seround dua permainan di laptop bff pinky yang masih lena diulit rambut dan bantal. penat dia main futsal semalam. [heh!] jadi aku bersendirian memainkan peranan sebagai watak cik setiausaha dalam permainan tersebut.

sekali aku tengok jam, aduih... lagi setengah jam nak menjengah ke pukul 10. aku bangun, capai tuala dan terjatuhkan beberapa penyangkut. namun perkara itu masih tidak dapat menyedarkan bff pinky. sekelumit sekalipun. tidak.

selesai mandi, semua pakat tanya aku nak pergi mana. pantang tengok aku melawa. yelah, kalau dah duduk rumah tu, hodohnya, burung hantu pun cirit birit kalau terpandang kelibat aku. jadi dengan senyuman lebar, ku katakan nak ke studio dan lepas tu berjumpa mama untuk hantar album yang nak dibuat hantaran.

nak dijadikan cerita, sampai je di studio, seperti yang dijangka, cuma dua tiga kerat je yang naik tepat pada masanya. jadi, dengan izin koordinator dan naibnya yang memerlukan aku merasuah mereka dengan membelikan makanan petang, aku hanya letak lappy di studio dan terus shoot pergi ke showroom aunty nor di seksyen 27.

dekat 2 jam di situ, mama cakap nak pergi ikea, nak cari barang katanya. aku dah mula rasa goyang. adeh.. ni kang aku nak pergi rumah terbuka ni boleh pulak mak aku nak cari barang apa bagai. jadi, aku amik keputusan nak teman mama pegi ikea dan tidak dapat hadir ke rumah terbuka. yelah jep. mak lagi penting selepas Allah SWT dan Rasulullah SAW. Dan-dan aku cakap nak ikut mama, abang pun secara tak langsung turut mahu ikut. jadi bergerak lah kami ke sana empat beranak.

sampai sana semua mula dah tak keruan. manusia punyalah ramai yang amat. yelah. pergi hari ahad kan. mananya tak ramai. aku dengan kederat empat kerat meredah lautan manusia yang masing-masingmenjaga troli mereka supaya tidak terlepas ke tangan manusia yang tak reti nak amik troli masa kat bawah tadi. dah habis aku jadi tourist guide mama menjengah ke seluruh pelosok ikea, aku dah tak mampu nak teruskan perjalanan lagi sebab battery aku dah low dan perlu charge semula untuk kualiti perjalanan yang lebih baik.


mama mengambil langkah bijak dengan belanja kami makan di restoran segera kegemaran remaja. terkilan jugak la aku makan kat situ sebab ayam tak ada. ayam tak ada? wtfish. kau restoran di pusat perniagaan besar kot kau boleh cakap ayam tak ada? aku hanya ungkapkan dalam hati kerana tak mahu keinginan aku menyekat kesabaran aku. aku pesan satu burger yang turut mengandungi ayam. makan. makan. makan. dan tiba masa nak balik.


abang terus ke tempat kerja. mama terus pulang ke seremban. aku. sekarang aku dah lambat untuk naik ke studio. tergesa-gesa aku bersiap. tinggalkan nota dan sebiji karipap untuk bff pinky. sempat singgah beli makanan petang yang dipesan. naik studio. siapkan kerja. buat-buat sibuk. sebab aku rasa homesick. dapat jumpa famili sekejap sangat. serabut. tadi mama ada belikan tempat letak lilin. aku bawa ke studio dan nyalakan. aromatherapy katanya.



orang cakap leh rasa segar dan tenang. tapi aku rasa macam biasa je. mungkin kena bakar cubicle aku ni untuk hilangkan tension.



apa kata?

Monday, September 27, 2010

hari seindah tak biasa

bulan lepas aku ada ini kan? yang aku harapkan menjadi magis lalu bertukar kan?

sony ericsson c902

Dia tak bertukar jadi apa yang aku nak tapi dia memang memuaskan hati.


sony ericsson c901


terima kasih buat mama kerana ini dan teddy. owg sayang mama!!!!

Thursday, August 5, 2010

penceritaan kisah lalu yang melankolia

sudah lama tak post entri......... sangat rindu pada blogspot. hehe. pelbagai perkara berlaku pada aku dalam bulan julai 2010. banyak. penuh makna. tak kurang yang tidak bermakna.

permulaan semester baru dengan semangat baru. bersemangat menunggu dana dari agensi pinjaman terulung buat pelajar universiti di malaysia. memang tak sabar. senarai pembelian dah dibuat seminggu awal kerana desakan oleh mama yang tak nak tengok duit habis dibelanjakan ke arah jalan yang kurang diredhai. dapat duit, bagus sekali, aku belanjakan untuk keluarga dan diri sendiri dengan cara yang munasabah. hehe.

pertama kali yang munasabah. aku bagi modal untuk ayah buat almari di rumah sewa baru kami di seremban. aku seronok. gembira bila aku tengok keluarga aku gembira. rasa bahagia sangat. lagi bahagia dari aku dapat untuk bf baru, rumah baru dan diri aku sendiri. buka sem ni, aku hanya berbekalkan beg laptop serta sling bag baru. yang lain hanya tambahan picisan.

bermula episod carca merba dalam hidup aku sebagai student yang mahu seronok. first time jumpa [w] di stesen ktm belakang uitm. hehe.. siapa dia? pada masa ini, genap sebulan aku bersama dia. lepak-lepak. jalan-jalan. first time jumpa, dia tak kisah fizikal aku yang sebegini punya comel. alah cik abang, awak bukan handsome mana pun nak dapat awek cutting model kan? try je la kan. hehe.. the fact is dia lelaki ke-14 dalam hidup aku tapi yang ke-3 yang aku betul-betul sayang. eh.. aku sebut sayang eh? apape lah kan. lalalalalalala~

lepas tu, episod malang dalam minggu ni bermula apabila di terik tengah hari 20/07/2010 itu aku dan bff pinky membawa kertas order makanan tengah hari oleh platinumies. perjalanan yang baru setengah aku lalui untuk menuju ke tempat acara membeli makanan telah ditidakkan dengan kebodohan seorang student uitm dari fakulti yang berkaitan dengan media dan komunikasi. dia pergi belajar memandu dekat sekolah memandu kereta lembu barangkali membuatkan dirinya tak reti berhenti di lampu merah. akibat kekejangan yang berlaku di otaknya, teddy mengalami kecacatan separa kekal dengan kos hampir rm 1k. hancur hati aku. lebih teruk dari putus cinta.




aku malas nak sambung. sumpah. hati aku hancur.






i'm sorry teddy. i'll do whatever it takes to make you feel better. i love you so damn much. kau bersama aku susah dan senang. aku takkan lepaskan kau pergi dari aku.