CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label busy. Show all posts
Showing posts with label busy. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

ke mana tumpahnya kuah? kadang tak tumpah pun. buang je. membazir!

selasa lepas rombongan keluarga aku bergerak ke sekolah kebangsaan seremban 2a berpunca dari hari anugerah kecemerlangan yang diadakan di sekolah tersebut. yeah... misti kamu semua ingat adik aku dapat nombor dan naik pentas amik hadiah. tapi.... ttiiiiiiddddaaaaakkkkk!!!!!! kami pergi sebab dia masih ambil hadiah tapi atas sebab cemerlang matapelajaran bahasa melayu penulisan. tah apa dia goreng cikgu dia pun aku tak pasti.


semangat aku na tengok nana ambil hadiah bahagian akademik buat kali pertama memacu aku melangkah dengan bongkaknya ke barisan paling hadapan. sekali aku dah duduk dan toleh rupanya ayah dengan mama duduk barisan tengah. adeh. semangat jauh dari kemampuan. aku bangun dan ambil tempat di sebelah mama. pukul 8.30.


borakborak dengan mama, terperasan satu nama budak darjah 3. nurul ain binti abdul hisham. hahahahahaha! aku gelak. tak sorok. mama pun gelak. aku tunjuk pada ayah. ada pulak nama kakak binti abang katanya. pandang sekeliling. tengok kerenah manusia dan anak-anak yang tak tahu mak dia hadiri majlis. buas. tapi aku suka tengok budak buas. nanti boleh cubit. aku kalih pandangan ke sekeliling kawasan. mana la adik aku ni. monolog aku dalam hati. jam dah 9.30. tak juga dimulakan majlis walaupun aku dah nampak cikgu-cikgu sedang hingar bingar menguruskan anak-anak kecil yang akan mengadakan persembahan.


pukul 10 pagi, secara tibatiba, paluan kompang dimulakan dan bergema di corong pembesar suara mengumumkan kedatangan seorang senator negara yang dijemput untuk merasmikan majlis. adoi. pakcik, awak dah tentu orang besar. tapi tak reti tepati masa. saya orang biasa, boleh je datang awal. ni perangai orang-orang besar [bukan gemuk ok] yang aku tak gemar. dia buat orang tunggu dia macam la hebat sangat. datang nak berarak kompang red carpet bunga kondel bagai. buat aku teringat satu perkara yang buat jamm di pintu belakang uitm masa perasmian satu butik gah berdekatan dengan tempat kejadian.


polis tutup jalan time student keluar tengah hari. bayangkan. tapayalah. aku habiskan menunggu 10 minit di traffic light tu dengan ayat-ayat syaitan yang tak terkawal. penat bff pinky sabarkan aku dari atas suzuki revo nya. ape la punya manusia. nak senang je hidup. ada fikir rakyat macam aku ni yang tersekat dalam jamm sebab mereka? hey manusia! allah tak sediakan kau tangga bergerak ataupun lif berhawa dingin sebagai jalan mudah untuk berjumpa-Nya nanti. mari orang-orang besar. cuba hidup bersama rakyat jelata ne. biar kau tahu susah senang kami.


berbalik kepada hari anugerah yang aku hadiri. dah la lambat, orang besar tersebut dapat duduk depan sekali dekat sofa. oklah. kau ada pangkat. tunggu kau mati nanti. lepas tu ada persembahan budak kecik-kecik belaka. prasekolah katanya. suci aku tengok muka mereka. tak macam muka kawan-kawan aku. hmm... mungkin besar nanti akan jadi macam kawan-kawan aku. hahah! setelah puas toleh kiri, kanan, depan dan belakang tak lupa atas dan bawah, aku nampak juga barisan budak darjah empat yang sudah menantikan masa untuk mengambil hadiah. aku ternampak adik aku. hehe. comel. aku ingat dia paling besar. rupanya ada lagi yang lagi besar dari dia. haish. makan vitamin apa budak-budak sekarang.


tiba masa adik aku ambil hadiah, aku dah kedepan untuk dapatkan posisi menarik dengan menggunakan c901. aku dah parking kat port baik punya, tiba-tiba ada sorang cikgu yang badannya tidak kurang macam aku cuma lagi rendah, menyelit depan aku. puan, saya tawu puan pakai dslr. ta perlu pandang sinis terhadap kamera telefon bimbit saya yang tak seberapa ne. lagipun, bukan adik puan yang ambik hadiah kan? adik saya tu yang nak naik pentas tu tawu tak? emosi betul aku. aku acukan c901 depan dia buat-buat macam susah sangat nak ambil gambar kalau dia ada kat depan aku. lalu dia toleh dan cakap maaf. berlalu seraya terpijak kaki aku. ok. puan ta sengaja kan. takpe puan. bff pinky pun selalu pijak kaki saya. dia pun macam puan gak. saya tak marah pun. saya cool.

adik aku ambil hadiah juga akhirnya setelah 2 jam kami tunggu. tahniah atas kejayaan nana. kakak bangga dengan nana walaupun gagal matematik! wahahahahaha!!!

Sunday, May 2, 2010

kerana aku ta punya banyak masa


hey..


i've been very busy lately. very very busy. final presentation yang buat aku hampir terbunuh kerana kurang masa untuk menyiapkan kerja. haha! nearly lost my mind too.



ade satu scene aku sedang menyiapkan assignment housing di studio part 6. punya syok aku menaip bff pinky jerit.
"ain! pergi gantung poster proposal kau! lecturer studio kau on the way naik!"


berderau. terasa nak pengsan ada gak. aku gagahkan diri berlari ke studio aku sambil call bff warna warni.
"mana kau pergi? kenapa ta jawab meses aku! ko buat apa tadi? datang sekarang! sekarang! bawak poster kau dan datang sekarang!"


huh~ panic! lecturer dah ada dalam studio aku tu. memang la aku chuak. sangat! nasib baik bff warna warni sempat datang dan gantung poster. lalu lecturer aku bersuara.
"poster siapa yang takda sign saya dikira 50% failed,"


masing-masing muka biru call kawan-kawan yang tengah plot. kesian mereka. tapi bagi aku, janji da selamatkan diri aku dan bff warna warni, aku dah lega sebab aku ta mampu la nak jaga ramai-ramai kan.


akhirnya. selesai studio. memang lega. macam satu gunung everest baru diturunkan dari bahu aku. berat kan. ta dapat bayang kan. aku rasa ramai lagi rasa macam ni. cuma atas faktor yang berbeza.


ni. dah 2 minggu aku mula exam. dah habis 3 papers. ade lagi satu untuk sem ni. last. final. on the 4th of may. lepas tu nak kena attend event di uiam dan balik rumah. home sweet home! tapi 2 weeks lagi aku perlu berumah lagi di platinum sebab aku mula intern pertengahan may ni bertempat di seksyen 13, shah alam. harap intern kali ini lebih banyak input yang akan aku dapat.



semoga aku bertambah rajin.


kurang habiskan duit.


dan. turunkan berat badan.



aku tekad.



aku komited!