pagi tadi, secara tak sengaja aku terbangun awal. ulang okay. terbangun awal. jadi aku main seround dua permainan di laptop bff pinky yang masih lena diulit rambut dan bantal. penat dia main futsal semalam. [heh!] jadi aku bersendirian memainkan peranan sebagai watak cik setiausaha dalam permainan tersebut.
sekali aku tengok jam, aduih... lagi setengah jam nak menjengah ke pukul 10. aku bangun, capai tuala dan terjatuhkan beberapa penyangkut. namun perkara itu masih tidak dapat menyedarkan bff pinky. sekelumit sekalipun. tidak.
selesai mandi, semua pakat tanya aku nak pergi mana. pantang tengok aku melawa. yelah, kalau dah duduk rumah tu, hodohnya, burung hantu pun cirit birit kalau terpandang kelibat aku. jadi dengan senyuman lebar, ku katakan nak ke studio dan lepas tu berjumpa mama untuk hantar album yang nak dibuat hantaran.
nak dijadikan cerita, sampai je di studio, seperti yang dijangka, cuma dua tiga kerat je yang naik tepat pada masanya. jadi, dengan izin koordinator dan naibnya yang memerlukan aku merasuah mereka dengan membelikan makanan petang, aku hanya letak lappy di studio dan terus shoot pergi ke showroom aunty nor di seksyen 27.
dekat 2 jam di situ, mama cakap nak pergi ikea, nak cari barang katanya. aku dah mula rasa goyang. adeh.. ni kang aku nak pergi rumah terbuka ni boleh pulak mak aku nak cari barang apa bagai. jadi, aku amik keputusan nak teman mama pegi ikea dan tidak dapat hadir ke rumah terbuka. yelah jep. mak lagi penting selepas Allah SWT dan Rasulullah SAW. Dan-dan aku cakap nak ikut mama, abang pun secara tak langsung turut mahu ikut. jadi bergerak lah kami ke sana empat beranak.
sampai sana semua mula dah tak keruan. manusia punyalah ramai yang amat. yelah. pergi hari ahad kan. mananya tak ramai. aku dengan kederat empat kerat meredah lautan manusia yang masing-masingmenjaga troli mereka supaya tidak terlepas ke tangan manusia yang tak reti nak amik troli masa kat bawah tadi. dah habis aku jadi tourist guide mama menjengah ke seluruh pelosok ikea, aku dah tak mampu nak teruskan perjalanan lagi sebab battery aku dah low dan perlu charge semula untuk kualiti perjalanan yang lebih baik.
mama mengambil langkah bijak dengan belanja kami makan di restoran segera kegemaran remaja. terkilan jugak la aku makan kat situ sebab ayam tak ada. ayam tak ada? wtfish. kau restoran di pusat perniagaan besar kot kau boleh cakap ayam tak ada? aku hanya ungkapkan dalam hati kerana tak mahu keinginan aku menyekat kesabaran aku. aku pesan satu burger yang turut mengandungi ayam. makan. makan. makan. dan tiba masa nak balik.
abang terus ke tempat kerja. mama terus pulang ke seremban. aku. sekarang aku dah lambat untuk naik ke studio. tergesa-gesa aku bersiap. tinggalkan nota dan sebiji karipap untuk bff pinky. sempat singgah beli makanan petang yang dipesan. naik studio. siapkan kerja. buat-buat sibuk. sebab aku rasa homesick. dapat jumpa famili sekejap sangat. serabut. tadi mama ada belikan tempat letak lilin. aku bawa ke studio dan nyalakan. aromatherapy katanya.
orang cakap leh rasa segar dan tenang. tapi aku rasa macam biasa je. mungkin kena bakar cubicle aku ni untuk hilangkan tension.
apa kata?
2 contengan:
kau ni comellah...haha~
saya suke la bace awak nyer blog nie :) saya pon rase kalo dapat bakar cubicle masing-masing mesti kite rase puas kan ? :P
Post a Comment