CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label platinum. Show all posts
Showing posts with label platinum. Show all posts

Friday, June 24, 2011

hanya sotong yang mampu

hai. berbaca lagi kita kali ini. =) maaf kerana dalam setahun ni, hidup aku memang tak cukup dengan 24 jam. banyak benda nak diselesaikan. banyak perkara juga tak tertulis. sekadar draft. kalau ada banyak tangan macam sotong, baru mampu buat.



enam bulan pada semester lalu memang sangat hell. banyak kerja selaku ketua editor. padan muka aku dengan bff warna warni. suka tunjuk orang masa nak pilih organisasi studio. at last, dah tak ada jawatan lain yang kami boleh pegang. hambek jadi editor. keje yang semua orang tolak dalam projek studio.

edit tak edit, bera merupakan site studio terbaik dalam sejarah ijazah aku selain trip ke kota singa yang pernah aku highlight perjalanan dan keadaan di sana dalam post lepaslepas. tu memang suoer terbaik sebab bukan studio. haha!


sekarang dah habis exam. dah dapat result pun. result terbaik dalam tertiary study aku setakat ini. hmm.. cuti semester je dekat 4 bulan. lepas raya nanti baru naik semester baru. jadi buat masa ini, aku jalankan perniagaan online menjual trendy handbags murah di Ainani Concept Shop. selain tu, ada seorang kawan yang juga tukang hias dalam rumah yang yakin untuk memberi keje sambilan pada aku untuk tambah duit poket sementara cuti ni.


banyak benda kan aku buat? ha, aku dah kata. tapi beberapa kali dah aku dapat jumpa tokan kedai dan terjumpa bff warna warni di kl. hehe. coincidence. apa pun, aku memang rindu kawan kawan aku. platinumies. bff pinky especially. hmm. takpelah. ada rezeki jumpa ye kawan kawan.


i heart uolls!


dah. nak sambung keje. mau dapat 18 ghatus ringgit ne.

Sunday, February 14, 2010

satu hari penuh cerita

semalam memang penat. aku, tokan kedai dengan anak lord pergi tengok muvee. memang setan tokan kedai tu ble deal pukul 10 tapi pukul 11 baru muncung kereta dia muncul bawah rumah aku. amik aku da sekian lambat. pergi kajang buat piping kat kain. sudahnye hampir pukul 12 baru amik anak lord tersebut di rumahnya.

tapi ape nak buat john. dia punya kereta dan aku hanya minah scoot [tapi kawan-kawan agy sker gelar rempit walopon aku dah cakap aku pakai scoot..]

gerak ke damansara. sekali agy aku bergaduh dengan tokan kedai nak ikut ldp or npe. ape punye sengal. hahah! at the end ikut ldp. borak punya borak dalam kereta tak sedar dah nampak cineleisure. parked kereta. terus tengok ticket pukul berapa yang available. memula malu-malu nak beli ticket. tataw nak tengok cerita ape.

so decided percy jackson and the lightning thief. dah beli. pandang balik kaunter ticket. pastu tokan kedai dengan anak lord dah pandang aku semacam. pandangan yang menyatakan persefahaman yang tak complex untuk aku rungkai. tak leh jadi ni bai! beli satu agy ticket cerita valentine's day. nasib baik sempat nak tengok v'day tu sebab tokan kedai sempat lak beli t-shirt ape bagai kat bumcity. hahaha!

having so much fun. da lame tak ada acara lepakan begini. sayang kuwah dengan ratu permainan video dalam talian tak dapat join. dandan kuwah nak sambot bezday ayah la... ngade do kuwah. pasni siap aa ko. ratu permainan video dalam talian, we understand ur situation and we considered ur abscence.

penat-penat seronok. balik kawkaw punya lapar. aku sebagai anak yang baik teman ayah makan di rumah [ayah masak kowt!!] memandangkan ayah aku terpaksa menjadi bujang selama 4 hari atas trip kerja mama ke kelantan. abang takde. uf coz date bersama chenta, kakak f. sekali sekala dapat cuti. melekat seperti tidak mahu lepas. hokhokhok!

bff warna warni call. gayut hampir sejam setengah. naik berpeluh organ pendengaran aku. borak. borak. borak macam da sepuluh tahun tak jumpa. pasal kereta kancil putih. cald... erm.. pasal kereta biru.. pasal macam-macam. yang penting 95% daripada butiran borakan adalah berpaksi pada dirinya.

tapi aku tak kesah. aku sayang bff warna warni.[lagi sayang kalo dia naik kereta biru]. aku salu marah dia. tapi dia tak pernah marah aku. in fact dia memang tak pernah marah. tapi aku memang suka marah dia sebab dia suka wat benda tak pikir. kadangkala hari bodoh dia boleh berjangkit!! aku sayang penghuni kediaman platinum 7/43b. harap dua tahun ni akan menjadi sangat seronok bila kita sume bersama.

tido.


tersedar sebab kawan baik sejak kecil text.. "salam. ayah da takde.." tengok jam. 2.45 am. innalillah...

takziah buat kawan baik sejak kecil sefamili atas pemergian ayah tersayang. ayah dia macam ayah aku. ayah dia pernah marah aku sebab confused muka aku dengan kawan baik sejak kecil sama. beliau ingat aku ni anaknya. [tapi kini da lain la kan sebab kawan baik sejak kecil kurus and cerah dan aku sebaliknya dan jangan tanye "omg! how come!"]. segala apa yang aku buat kat rumah tu beliau tak kisah. aku dilayan macam anak sendiri. semuga rohnya dicucuri rahmat dan semuga khai sefamili tabah menghadapi takdir Allah.


sudah setakat ini. mau pergi rumah kawan baik sejak kecil..



fullstop