CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 26, 2010

cakap tak .super. bikin

minggu ni banyak benda berlaku dalam hidup aku...
terselit juga family dan kawan-kawan di situ..

aku balik je ke rumah, mama sudah siap packing barang. mahu ke kelantan bersama nana. aduih.. menyesal sial awal-awal cakap tak ikut. tak pasal-pasal aku kena tinggal. hantar mama di ktm kajang malam tu jugak. esok sabtu. aku ade plan lain bersama tokan kedai dan anak lord. hehehe.. aku rasa mama da pening kepala tinggalkan aku dekat rumah.


19-21 feb satu kontinjen dari UiTM Malaysia yang ramainya lebih kurang dua team bola sepak turun ke UiTM Seri Iskandar atas desakan membuak-buak mahu melibatkan diri dalam bidang sukan. aku? tak terkecuali berada dalam barisan pemain bowling yang baru sekali dua menjatuhkan tenpin. usaha tinggi. semangat menjulang. tinggal nak berjaya je.

KESUPER. kejohanan sukan perancang. semua ahli majlis perancang dalam pihak berkuasa tempatan dalam negeri perak turun padang menjayakan hari yang bersejarah ni yang bagi aku memang menjadi sejarah bagi persatuan perancang UiTM Malaysia...


bola tampar, bola sepak, futsal, boling. tu je pown game yang kami participate. dan semua game tu balik-balik rotate orang yang sama.. hah! gle tak leh blah sebab masing-masing bidan terjun main.. tapi memang have fun walopon layanan dari ex-department di sana tidak sehebat nama sukan yang dianjurkan.

teringat satu persatu kenangan aku di seri iskandar. penat lelah dari part I sampai part VI. penat seyh.. tapi tiap kali start sem baru, aku develop satu tangga dalam buku semangat hidup aku. memang nampak beza setelah aku amati diri aku dan kawan-kawan lain..




DOLU-DOLU

pegi kelas tiap hari dengan baju kurung. nak pergi mana-mana jalan kaki. makan hanya di dewan makan. kawan-kawan terhad kepada rakan sekelas. seluar jeans kalo boleh nak cawat nak sampai lutut. tudung nak selimpang je, berdosa nampak dada. tak reti nak berhias. kalo lelaki tak dikenali kacau, risau tak sudah. handphone satu setia dengan line digi. nak ucap kata-kata kotor tak biasa. keluar pagi dan balik sebelum pukul enam.




KINI-KINI

pegi kelas nak naik kereta or motor je. if jalan kaki or naik bas memang jatuh saham la. makan sentiasa di kedai. jeans dengan baju kalo boleh mau terkeluar isi-isi spare di badan. pinggang seluar nak low cut je.. dah tak kenal tudung bawal, lilit selendang je. dah pandai pakai bedak muka dengan sikit eyeliner. kalo jumpa lelaki yang senyap, kami yang kacau. handphone harus sorang dua dah. berborak secara terangan dan berbahasa kasar dianggap biasa. keluar pagi, balik pown pagi.






beza?





hurm... yang penting aku berpegang kepada asas. tinggi mana pown kepala aku dongak, jauh mana pown jalan aku redah, aku tetap back to basics. begitu juga dengan kawan-kawan aku. penghuni kediaman platinum 7/43b.macam-macam liku suka duka pown aku lalui, diorg tetap ade disamping aku sepertimana family aku berada di sisi aku acap kali aku perlukan mereka.




sudah. selak muka surat lama. beralih ke lembaran baru. =)






seminggu ni pulak, kaki aku rasa macam nak tercabut. bilamana nouvo terchenta aku bertukar servis kepada ayah. seminggu bai!!!! those stairs dari parking tu memang damn gle untuk aku panjat. tapi aku gagahi jua..


so semalam aku paksa diri aku untuk balik amik nouvo di kajang. seriously, aku memang malas nak panjat tangga tinggi dan berpeluh sakan sebelum masuk kelas sebab aku malas. so what?







diam~

0 contengan: