CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 24, 2010

pernah dengar frasa sehari bagai setahun lamanya?

23 jun 2010


jam 0500

tit.tit. text message received. [kakak sumber kegembiraan]
> kau dah bangun ke belum?
> dah. tengah kemas bantal. nak mandi lah ni.
> ok. 5.30 tau!

jam 0520

tit.tit. text message received. [kakak suka cekelat]
> kakak baru bangun. kamu dekat mana?
> orang da nak gerak..
> ok.

jam 0535

trrt. trrt. miss called. [kakak amoi bagan]
dah lambat!
meter kph teddy [100 kph]

jam 0540

parking teddy di rumah kakak amoi bagan. gerak ke seri kembangan atas dasar membuat traffic survey.

jam 0700 - jam 0900

hujan. mula traffic counting sesi pagi. terus-terusan melihat ke arah jalan raya walaupun jalan tu memang tak ada kereta yang lalu. aku dengan kakak praktikal uia berduaan memerhatikan kenderaan. tak kurang manusia. macam-macam fiil.

jam 1000

sampai office. layan sembang di laman sosial ternama. buat-buat busy. update kiraan traffic counting pagi tadi. borak-borak dengan kakak praktikal uia.

jam 1200

pemilik syarikat masih berbincang dengan kakak amoi bagan dan abang pengantin baru ketika waktu ini padahal dah berjanji nak pergi makan-makan atas sebab farewell untuk aku dan kakak praktikal uia. tapi kami diamkan.

jam 1320

"hah! lah saya ingat baru pukul berapa. ok. ok. saya datang sekarang," pemilik syarikat menjawab panggilan.

"kenapa kamu semua tak cakap dengan saya dah pukul 1? saya booking restoran tu dari pukul 12. jom. jom. nanti orang ramai," ujarnya.

panggilan tersebut sedikit sebanyak melegakan perut kami yang dari tadi berkaraoke irama melayu deli. beriyani gam ayam. menu aku. sedap. tapi ta sesedap beriyani gam di putrajaya yang aku pergi bersama bff pinky. pinggan besar laksana UFO.

jam 1430

pemilik syarikat bergegas ke meeting. sekali lagi kami lega. heheh. kenapa? jangan tanya. kamu ada jawapan.

jam 1600

bergegas ke seri kembangan. hujan. lebat. rintik-rintik. rebas. berbual gaya sudah lama tak jumpa dengan kakak praktikal uia.

jam 1700 - jam 1900

rebas. mula traffic counting sesi petang. lagi banyak kenderaan. tapi tak adalah sampai jamm 8 kilometer. berborak dan bersenda. asyik-asyik dengan kakak praktikal uia. hahahah! kesian dengan dia masa ada orang bergaduh betul-betul depan mata kami. seram sejuk. aku gelak. tiba-tiba dia ambil bunga. dan-dan hujung bunga nak ada ulat apa bagai. keluar suara jantan aku menjerit. wahahahah!!

jam 2000

pasar malam seksyen 7, shah alam. meses bff pinky.
> i dekat pasar malam. mahu kirim?
...
...
...
no reply.
beli ape yang patut. karang sure dia bedal je apa aku beli. bagus dapat housemate yang tak kisah makan. makan apa saja. bagus. senang bawak pegi kenduri.

jam 2030

sudah berada di rumah. makan. bff pinky turut serta memeriahkan acara. dah agak dah. misti dia kaut punya. nasib baik hati positif aku cakap beli je lebih. karang misti habis punya.

jam 2230

habis makan + borak-borak. mandi. kemas-kemas.

jam 2359

terbang.



* TULISAN ADALAH BERPANDUKAN BUKU LOG LATIHAN PRAKTIKAL. HARAP MAKLUM. [dalam konteks tunjuk dedikasi sebab esok adalah hari terakhir praktikal]

Friday, June 18, 2010

di sebalik kebenaran

permulaan minggu yang kelakar bila pertama kali aku nampak bff pinky pakai baju kurung untuk pergi kerja.


"kau jangan buat pasal..." aku jerit.

"aku buntu. da tak tahu nak pakai baju apa.." balas bff pinky.


sangat. sangat weird. hahaha!


sepanjang minggu ni, aku berusaha nak cari bahan untuk buat internship report. korek balik plan-plan yang pernah aku edit walaupun tukar dari perkataan 'permohnn' kepada 'permohonan' dan tekan print je. hey! aku buat kerja okeh!


Kebanyakan artikel yang aku baca, perenggan pertama mesti ada frasa ini.


"latihan praktikal adalah untuk mendedahkan pelajar dengan situasi sebenar semasa bekerja"


ajaib?


bukan. ini realiti.


setelah 5 minggu [4 sebenarnya. kan aku mc seminggu] aku lalui latihan praktikal macam-macam aku dapat. mostly ilmu. yang lain-lain hanya tambahan untuk menyeronokkan hari aku. bos aku. aku tak berani nak pandang muka setiap kali dia bercakap dengan aku.


"ain, awak buat kerja apa sekarang?"

"saya digitize plan tu. saya digitize plan ni. saya siap kan tu. saya siapkan ni"


antara jawapan spontan yang aku keluarkan untuk cover diri. pada dasarnya, aku sedang galak membalas komen dari laman sosial ternama dengan kawan-kawan.


please jangan silap. bukan aku sahaja yang buat begitu. semua kawan-kawan pun buat. kecuali di tempat yang banyak sekatan. tak percaya? memang ramai tak kan nak tunjuk pada bos... tapi kalau borak sama-sama lepas habis praktikal nanti, cuba tanya mereka. siapa lagi yang buat?






more that half of the batch will raise their hands. perhaps both of their hands. and legs. tanpa rasa was-was.

Thursday, June 10, 2010

semunya cun saja

huh. da lama aku ta post sebab lepas sakit aku dedikasi meneruskan latihan praktikal. i just don't have enough time for myself. memang la. tak adalah sibuk mana. cuma nak manage masa tak berapa pandai lagi. tapi setelah separuh masa daripada tepmoh latihan aku dah boleh biasakan diri dengan kehidupan bekerjaya.


aku dah boleh keluar malam untuk lepak dengan kawan-kawan. dah boleh curi masa pergi menonton wayang pada hujung minggu. boleh tidur ikut masa orang dewasa.


aku semakin dewasa.

aku perlu terima.


tapi aku rasa aku tak matang lagi pada certain parts of my life. hehe. adat la. aku tak habis belajar lagi. time study an kena enjoy. haha!


pindah rumah. kuma, serizawa serta bff pinky datang membantu dengan jayanya. thanx to all of you sebab banyak tolong aku susah dan senang. berduit atau tidak. aku sayang kamu semua. berjaya dengan perpindahan ini, maka tinggallah abang aku ditemani bella yang setia menemaninya pergi kerja.


sabar ye abang. kami sayang abg. nanti abg da ade teman. hehehehehe~ seriously going crazee for that. tak boleh nak tunggu. nak tengok hari bahagia abang aku. semoga semuanya berjalan lancar.


semua orang dalam hidup aku melangkah ke satu fasa yang belum pernah mereka alami. begitu juga aku. aku harap semua yang berlaku ada hikmah dan tanggungjawab aku adalah untuk meneruskan hidup aku. seperti biasa.





walaupun aku tak tahu apa yang akan mendepani aku.



Wednesday, May 19, 2010

permulaan kerjaya sebagai seorang [mungkin] perancang bandar

baru start praktikal. hari ke-3 aku da collapse. bukan sebab tak larat kerja. tapi sebab demam yang berlarutan sehingga memaksa aku ambil mc selama 6 hari. tinggal bff pinky keseorangan di rumah. cuti 6 hari bermakna habis percuma praktikal minggu kedua aku.


duduk rumah memang sangat lepak. lebih-lebih lagi tengah sakit. ayah tolong masak hampir seminggu aku terbaring. semua kawan-kawan bersimpati. thanx for your concern. aku sangat terharu bila semua bagi sokongan. masih tak larat tapi sempat online. sebab semangat nak baca comment. hahaha!



hari pertama demam doktor di pusat kesihatan cakap "adik mungkin suspect virus ILI" influenza like illness. dalam kadar 50% daripada denggi dan H1N1. 3 hari demam masih tak mencukupi. pergi klinik lain doktor cakap "awak tak kena denggi ni. tapi mungkin demam campak" ah sudah! 2 penyakit dalam masa 4 hari. my very worst days and weekends. memang aku ta suka demam mahupun selsema. lepak. lepak. lepak. weekend yang sudah hampir sembuh dari campak, perut dah masuk angin. nah! sakit lain pula datang. perlu muntah untuk terus hidup normal. tapi angin je keluar.


weekend tu juga kami sekeluarga pergi cuci rumah baru di seremban. hehe. masih sempat berjalan walaupun sakit. tu cara aku. jalan untuk hilangkan sakit. malam tu, aku muntah dan satu perasaan yang sangat lega aku alami. macam ada sinar baru dalam hidup dan aku tahu, aku dah makin pulih. haha!


nak balik shah alam, kuma datang jemput aku di rumah bersama bff pinky, ajk ikon serta bff warna warni. mama jamu mereka dengan bihun [sebenarnya kuma yang nak makan]. dan sebagai penamat cuti panjang aku, balik je shah alam, kawan-kawan ajak pergi satu yang aku rasakan seperti konsert anjuran sebuah stesen tv kerajaan. hah! seperti yang aku jangka, aku sudah pulih dan bersemangat mahu meneruskan latihan praktikal esok.




aku yakin.

Saturday, May 8, 2010

buat masa ni aku tak boleh dengan kau

first time we met 4 years ago..
we admit that we had a good conversation about each other.

we admit that each of us could make a rainbow in our heart.

we admit that we could be good friends.


within these years..
we admit that we think about each other every time we don't have anyone to think about.

we admit that we promised that we should not suppose to tell anyone about us and what we mean for each other.

we admit that we were not there when either one of us need a shoulder to cry on.


lately..
we admit that we are not meant to be together.

we admit that it will never work between me and you.

we admit that there's nothing between me and you since the first time we've met.


yesterday..
we admit that after all these years that we've been through, we've been such a fucking dick.

i admit that we should take other path and make move.

u admit that we have choices.

but we admit that we choose to stay.


early today..
we admit that we've made the wrong choice.

we admit that one of us must stay and the other must leave.

i choose to leave. you choose to stay.


just now..
we admit we can't.

so at the end we've come out with a decision

we pretend to leave and then we'll meet again






hush~

don't ask when.

so long and goodbye for now.



Tuesday, May 4, 2010

percaya tak seronok tu selalu berlaku tapi sekejap sekejap

episod yang tulus. pada pandangan akulah. terpulang pada yang menilai.



keseronokan pertama :
rabu lepas aku dengan kawan-kawan tengok movie. the losers. sangat terpegun dengan sniper bertopi cowboy tu. gentlemen dan macho. susah nak tengok lelaki macho macam tu secara realiti. have a good time with my friends.


kemunduran pertama :
duit habis. as usual. tapi aku rasa aku tak buat apa-apa pun. [heh..] bila teringat duit kering ni, first thing first. bagi nouvo kenyang dulu. aku ta nak peristiwa 2 minggu lepas berulang di mana nouvo kenakan aku. dah nak sampai petrol station dia berhenti tanpa usul periksa memaksa aku menuntunnya sambil memakai baju kurung ke shell depan uitm. huh. nasib baik dah dekat. if ta mau koyak rabak jugak kain baju aku. so dengan kenyangnya nouvo, bermulalah episod lapar dalam hidup aku.



keseronokan kedua:
balik kajang dengan kazen 2400 dan bff pinky. mama hanya bermodalkan cucur tepung untuk aku pulang ke rumah. it's been a short time since i left last week. tapi cucur tersebut memang ta boleh ditidakkan dalam hidup aku. no doubt. world's greatest mother. memang orang akan kata
"eleh mak kau. memang la kau puji,".
der. ta kan aku na puji mak kau pulak an?
so aku makan. sedap. sampai ta engat aku kena balik platinum.
midnight baru sampai platinum. have a good time with my family.


kemunduran kedua :
baru teringat ada satu paper lagi ta habis. the final paper. huh. harap cepatlah berakhir. so study. sikit. lepas tu tengok vampire's diaries. sangat tidak ada mood untuk study memandangkan jiran sebelah tengah renovate rumah dia. macam hell keadaan disini. tidak meyakinkan untuk aku study. lecturer pulak keep calling sebab tempat intern ta bagi response. sekali aku bengang 'ter'bagi dia tempat pusat percetakan. jangan bayangkan dia bising macam mana. my bad. wtfish punya tempat. bahaha! akhirnya. dapat satu dekat dengan area shah alam. huh. aku engat na buat dekat dengan rumah je. boleh la saving sikit. tapi.. hurm..


keseronokan ketiga :
just end it. finally. paper terakhir telah berjaya aku jawab tadi and it means semester ini juga telah berakhir. seronok sebab dapat jawab dengan meriah tanpa blank sebab paper tu banyak calculation. habis exam terus pegi beli roti-rotian di king's. lapar. sangat. so beli dua. tapi tak habis pun. balik platinum sambung tengok vampire's diaries. drooling tengok ketampanan damon salvatore. tapi still aku kenang dean winchster dengan castiel. hurm.. kenapa vampire perlu handsome eah? no wonder i like bad boys. =P sekarang housemate tengah masak makan malam. sardin dengan telur dadar. menyelerakan. bagi gadis bujang yang 'rajin', itu memang banyak membantu dari segi menghilangkan bunyi yang datang dari perut.


kemunduran ketiga :
memanglah dah habis paper. tapi aku pening kepala pulak sebab nervous nak fikir masa nak pergi intern nanti. biar nervous awal janji cool masa first day. =) huh. sekali lagi duit cukup untuk nouvo. huh. anything for my dearest. what am i doing without u~



.tamat.

Sunday, May 2, 2010

kerana aku ta punya banyak masa


hey..


i've been very busy lately. very very busy. final presentation yang buat aku hampir terbunuh kerana kurang masa untuk menyiapkan kerja. haha! nearly lost my mind too.



ade satu scene aku sedang menyiapkan assignment housing di studio part 6. punya syok aku menaip bff pinky jerit.
"ain! pergi gantung poster proposal kau! lecturer studio kau on the way naik!"


berderau. terasa nak pengsan ada gak. aku gagahkan diri berlari ke studio aku sambil call bff warna warni.
"mana kau pergi? kenapa ta jawab meses aku! ko buat apa tadi? datang sekarang! sekarang! bawak poster kau dan datang sekarang!"


huh~ panic! lecturer dah ada dalam studio aku tu. memang la aku chuak. sangat! nasib baik bff warna warni sempat datang dan gantung poster. lalu lecturer aku bersuara.
"poster siapa yang takda sign saya dikira 50% failed,"


masing-masing muka biru call kawan-kawan yang tengah plot. kesian mereka. tapi bagi aku, janji da selamatkan diri aku dan bff warna warni, aku dah lega sebab aku ta mampu la nak jaga ramai-ramai kan.


akhirnya. selesai studio. memang lega. macam satu gunung everest baru diturunkan dari bahu aku. berat kan. ta dapat bayang kan. aku rasa ramai lagi rasa macam ni. cuma atas faktor yang berbeza.


ni. dah 2 minggu aku mula exam. dah habis 3 papers. ade lagi satu untuk sem ni. last. final. on the 4th of may. lepas tu nak kena attend event di uiam dan balik rumah. home sweet home! tapi 2 weeks lagi aku perlu berumah lagi di platinum sebab aku mula intern pertengahan may ni bertempat di seksyen 13, shah alam. harap intern kali ini lebih banyak input yang akan aku dapat.



semoga aku bertambah rajin.


kurang habiskan duit.


dan. turunkan berat badan.



aku tekad.



aku komited!