CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 19, 2010

permulaan kerjaya sebagai seorang [mungkin] perancang bandar

baru start praktikal. hari ke-3 aku da collapse. bukan sebab tak larat kerja. tapi sebab demam yang berlarutan sehingga memaksa aku ambil mc selama 6 hari. tinggal bff pinky keseorangan di rumah. cuti 6 hari bermakna habis percuma praktikal minggu kedua aku.


duduk rumah memang sangat lepak. lebih-lebih lagi tengah sakit. ayah tolong masak hampir seminggu aku terbaring. semua kawan-kawan bersimpati. thanx for your concern. aku sangat terharu bila semua bagi sokongan. masih tak larat tapi sempat online. sebab semangat nak baca comment. hahaha!



hari pertama demam doktor di pusat kesihatan cakap "adik mungkin suspect virus ILI" influenza like illness. dalam kadar 50% daripada denggi dan H1N1. 3 hari demam masih tak mencukupi. pergi klinik lain doktor cakap "awak tak kena denggi ni. tapi mungkin demam campak" ah sudah! 2 penyakit dalam masa 4 hari. my very worst days and weekends. memang aku ta suka demam mahupun selsema. lepak. lepak. lepak. weekend yang sudah hampir sembuh dari campak, perut dah masuk angin. nah! sakit lain pula datang. perlu muntah untuk terus hidup normal. tapi angin je keluar.


weekend tu juga kami sekeluarga pergi cuci rumah baru di seremban. hehe. masih sempat berjalan walaupun sakit. tu cara aku. jalan untuk hilangkan sakit. malam tu, aku muntah dan satu perasaan yang sangat lega aku alami. macam ada sinar baru dalam hidup dan aku tahu, aku dah makin pulih. haha!


nak balik shah alam, kuma datang jemput aku di rumah bersama bff pinky, ajk ikon serta bff warna warni. mama jamu mereka dengan bihun [sebenarnya kuma yang nak makan]. dan sebagai penamat cuti panjang aku, balik je shah alam, kawan-kawan ajak pergi satu yang aku rasakan seperti konsert anjuran sebuah stesen tv kerajaan. hah! seperti yang aku jangka, aku sudah pulih dan bersemangat mahu meneruskan latihan praktikal esok.




aku yakin.

Saturday, May 8, 2010

buat masa ni aku tak boleh dengan kau

first time we met 4 years ago..
we admit that we had a good conversation about each other.

we admit that each of us could make a rainbow in our heart.

we admit that we could be good friends.


within these years..
we admit that we think about each other every time we don't have anyone to think about.

we admit that we promised that we should not suppose to tell anyone about us and what we mean for each other.

we admit that we were not there when either one of us need a shoulder to cry on.


lately..
we admit that we are not meant to be together.

we admit that it will never work between me and you.

we admit that there's nothing between me and you since the first time we've met.


yesterday..
we admit that after all these years that we've been through, we've been such a fucking dick.

i admit that we should take other path and make move.

u admit that we have choices.

but we admit that we choose to stay.


early today..
we admit that we've made the wrong choice.

we admit that one of us must stay and the other must leave.

i choose to leave. you choose to stay.


just now..
we admit we can't.

so at the end we've come out with a decision

we pretend to leave and then we'll meet again






hush~

don't ask when.

so long and goodbye for now.



Tuesday, May 4, 2010

percaya tak seronok tu selalu berlaku tapi sekejap sekejap

episod yang tulus. pada pandangan akulah. terpulang pada yang menilai.



keseronokan pertama :
rabu lepas aku dengan kawan-kawan tengok movie. the losers. sangat terpegun dengan sniper bertopi cowboy tu. gentlemen dan macho. susah nak tengok lelaki macho macam tu secara realiti. have a good time with my friends.


kemunduran pertama :
duit habis. as usual. tapi aku rasa aku tak buat apa-apa pun. [heh..] bila teringat duit kering ni, first thing first. bagi nouvo kenyang dulu. aku ta nak peristiwa 2 minggu lepas berulang di mana nouvo kenakan aku. dah nak sampai petrol station dia berhenti tanpa usul periksa memaksa aku menuntunnya sambil memakai baju kurung ke shell depan uitm. huh. nasib baik dah dekat. if ta mau koyak rabak jugak kain baju aku. so dengan kenyangnya nouvo, bermulalah episod lapar dalam hidup aku.



keseronokan kedua:
balik kajang dengan kazen 2400 dan bff pinky. mama hanya bermodalkan cucur tepung untuk aku pulang ke rumah. it's been a short time since i left last week. tapi cucur tersebut memang ta boleh ditidakkan dalam hidup aku. no doubt. world's greatest mother. memang orang akan kata
"eleh mak kau. memang la kau puji,".
der. ta kan aku na puji mak kau pulak an?
so aku makan. sedap. sampai ta engat aku kena balik platinum.
midnight baru sampai platinum. have a good time with my family.


kemunduran kedua :
baru teringat ada satu paper lagi ta habis. the final paper. huh. harap cepatlah berakhir. so study. sikit. lepas tu tengok vampire's diaries. sangat tidak ada mood untuk study memandangkan jiran sebelah tengah renovate rumah dia. macam hell keadaan disini. tidak meyakinkan untuk aku study. lecturer pulak keep calling sebab tempat intern ta bagi response. sekali aku bengang 'ter'bagi dia tempat pusat percetakan. jangan bayangkan dia bising macam mana. my bad. wtfish punya tempat. bahaha! akhirnya. dapat satu dekat dengan area shah alam. huh. aku engat na buat dekat dengan rumah je. boleh la saving sikit. tapi.. hurm..


keseronokan ketiga :
just end it. finally. paper terakhir telah berjaya aku jawab tadi and it means semester ini juga telah berakhir. seronok sebab dapat jawab dengan meriah tanpa blank sebab paper tu banyak calculation. habis exam terus pegi beli roti-rotian di king's. lapar. sangat. so beli dua. tapi tak habis pun. balik platinum sambung tengok vampire's diaries. drooling tengok ketampanan damon salvatore. tapi still aku kenang dean winchster dengan castiel. hurm.. kenapa vampire perlu handsome eah? no wonder i like bad boys. =P sekarang housemate tengah masak makan malam. sardin dengan telur dadar. menyelerakan. bagi gadis bujang yang 'rajin', itu memang banyak membantu dari segi menghilangkan bunyi yang datang dari perut.


kemunduran ketiga :
memanglah dah habis paper. tapi aku pening kepala pulak sebab nervous nak fikir masa nak pergi intern nanti. biar nervous awal janji cool masa first day. =) huh. sekali lagi duit cukup untuk nouvo. huh. anything for my dearest. what am i doing without u~



.tamat.

Sunday, May 2, 2010

kerana aku ta punya banyak masa


hey..


i've been very busy lately. very very busy. final presentation yang buat aku hampir terbunuh kerana kurang masa untuk menyiapkan kerja. haha! nearly lost my mind too.



ade satu scene aku sedang menyiapkan assignment housing di studio part 6. punya syok aku menaip bff pinky jerit.
"ain! pergi gantung poster proposal kau! lecturer studio kau on the way naik!"


berderau. terasa nak pengsan ada gak. aku gagahkan diri berlari ke studio aku sambil call bff warna warni.
"mana kau pergi? kenapa ta jawab meses aku! ko buat apa tadi? datang sekarang! sekarang! bawak poster kau dan datang sekarang!"


huh~ panic! lecturer dah ada dalam studio aku tu. memang la aku chuak. sangat! nasib baik bff warna warni sempat datang dan gantung poster. lalu lecturer aku bersuara.
"poster siapa yang takda sign saya dikira 50% failed,"


masing-masing muka biru call kawan-kawan yang tengah plot. kesian mereka. tapi bagi aku, janji da selamatkan diri aku dan bff warna warni, aku dah lega sebab aku ta mampu la nak jaga ramai-ramai kan.


akhirnya. selesai studio. memang lega. macam satu gunung everest baru diturunkan dari bahu aku. berat kan. ta dapat bayang kan. aku rasa ramai lagi rasa macam ni. cuma atas faktor yang berbeza.


ni. dah 2 minggu aku mula exam. dah habis 3 papers. ade lagi satu untuk sem ni. last. final. on the 4th of may. lepas tu nak kena attend event di uiam dan balik rumah. home sweet home! tapi 2 weeks lagi aku perlu berumah lagi di platinum sebab aku mula intern pertengahan may ni bertempat di seksyen 13, shah alam. harap intern kali ini lebih banyak input yang akan aku dapat.



semoga aku bertambah rajin.


kurang habiskan duit.


dan. turunkan berat badan.



aku tekad.



aku komited!

Saturday, March 27, 2010

takde plot ratio. patut lah boleh bina bangunan macam tu.

singapura.singapore.temasik.kota singa.



ape je pun namanya kat atas tu, ia adalah sesuatu yang hebat. no doubt. kali kedua menjejakkan kaki ke negara luar. pertama dulu di sempadan malaysia-thailand di wang kelian yang dah tutup pun tempatnya. sampai di tanjong pagar [tanah milik malaysia di kota singa... bangga siot!!] pukul 12 tengah hari. terus naik bas ke tempat penginapan di 'red zone' geylang. PERGH! situasi yang sama boleh dilihat di lorong haji taib jika di malaysia.


petang pukul 5.30, kami keluar dari hotel untuk berjalan-jalan. dengan bas. bergerak ke sentosa island. sangat teruja. masuk je da nampak universal studio. paling mengujakan, roller coaster. gila aa kalau dapat naik memang sweet memory bagi aku dan rakan-rakan seperjuangan. jalan-jalan di sekitar sentosa island. mula-mula, singgah di palawan beach. site appreciation. ade pulau kecil dengan jambatan gantung. nak tercabut jantung aku lalu kat jambatan gantung tu. pergh. jeritan aku leh dengar satu pulau tu kowt! sampai haus aku lalu memaksa aku beli cappucino kat kedai serbaneka kat situ. then, tunggu tram nak ke stop seterusnya siloso beach.


best. hujan renyai memaksa kami berlari-lari ala-ala hindustan sebab payung ta cukup.pantai tu takda orang. kami je. lepak kejap. agak bosan bila takda apa nak dilihat. cuma pasir dan langit yang makin suram. lepas tu tunggu bas. destinasi seterusnya aku dan kawan-kawan naik sky tower. kat malaysia dah ada sebenarnya. menara taming sari, melaka. sama. like sangat sama. after that, yang lain naik luge & skyride. sebagai seorang yang ta punya banyak tukaran dollar singapura, aku duduk je tengok mereka.


cukuplah aku dapat tengok. walaupun rasa memang bapak hell gila ta dapat suka ria bersama. then, balik. singgah makan dekat geylang serai. bersepah. makan ikut hati dan nafsu sebab sepanjang hari susah na jumpa kedai yang diyakini halalnya. naik public transportation ke hotel. seronok. haha! balik ke hotel ta terus tidur. leka memerhatikan gelagat kupu-kupu malam dan lelaki yang ghairah mencari penyakit sifilis. habis hari pertama yang sungguh memenatkan.


second day. URA. urban redevelopment authority. kalau di malaysia macam jpbd semenanjung la. tapi gila bapak better than jpbd. bukan dari segi apa. tapi dia punya presentation dalam building tu memang first class. malaysia patut jadikan ini sebagai contoh. untuk kebaikan jugak. the 3-storey building sangat biasa dari luar. tapi dekat dalam siap ada model singapura siap dengan building sekali dengan design apa bagai. envy. sangat. sangat. pusing dalam bangunan. sempat usyar master plan dan plan-plan sisipan lain. most of the area are gazetted for conservation.


lepas tu, dapat peluang jalan-jalan. prof cakap ambil peluang ni untuk appreciation. adoih. terlupa seyh. datang sini tujuan utama adalah lawatan sambil belajar. memang pada fizikalnya kami melawat. tapi ramai yang tak ambil bab pelajaran. dah kena sound baru na gerak. haish! bergerak ke arab street. makan nasi briani. benda yang paling aku pangkah kat malaysia. sangat tidak gemar. tapi kat sini aku terpaksa makan. makan. separuh. nasib baikbff pinky tolong habiskan.


jalan-jalan sekitar kawasan. beli beberapa buah tangan yang aku kira sepadan dengan setiap ahli keluarga. dah penat. ada lagi tempat. orchard road. serious penat gila sebab banyak sangat jalan. tapi sempat beli satu spaghetti jalur. sama dengan bff pinky. then, toleh kiri kanan. perghhh!!!! psp bersepah. murah. serta ori. sangan envy dengan kawan-kawan yang ada lebihan singapore dollar tapi tak dibelanjakan untuk beli gadget hebat ini.


tak boleh lupa susunatur bangunan dekat marina bay. sangat futuristik. sangat. i mean really futuristic. memang aku pernah bayang. tapi memang tak boleh implement di malaysia. sebab planning di sana tak pakai plot ratio. senang kan? sementelah yang pergi ni semua future planners, memang la benda ni jadi topik hawt. ade peluang nanti, aku nak cuba cara kerja planning di sana. mana tahu dapat ambil ilmu sikit. balik malaysia mau aku jadi pengarah perancangan nanti. SPOOF! dah nurul ain. cukup impian kau.


selesai semua. naik bas. teruskan perjalanan ke tempat permulaan. stesen keretapi tanjong pagar. klasik. memang klasik. aku suka tempat macam ni. ada sesuatu. macam entiti. sesuatu yang aku tak boleh nak beritahu. tapi aku suka dengan tempat ni. hurm... tunggu tren. balik kl. sampai je terus balik naik komuter. betullah orang kata, perjalanan balik selalunya lebih mudah dari perjalanan pergi. sampai platinum tak boleh nak tidur. terus layan supernatural sebab dah terlalu rindukan sam, dean dan orang baru bernama castiel.



rindu juga kat dia~



teettt!

Sunday, March 21, 2010

betul atau salah bukan persoalan, yang penting yakin!

rabu takde class. aku lepak je kat studio menyiapkan ape yang perlu. banyak yang tak perlu la kan.. huhu~ petang dengan ditemani bff warna warni aku cari kurier express ternama di malaysia. ta jumpa. seksyen 23 memang sangat hell. lori, trailer, segala atok abah yang sekufu dengannya aku elak. memang sukar untuk aku gambarkan perasaan aku kala itu. macam-macam. nouvo langgar lubang. kecik je pown. kesannya enjin mati di tengah puluhan kenderaan yang laju. bayangkan? jangan la ok. cukup aku dan bff warna warni yang rasa.


dah ta jumpa aku gave up. pergi alam sentral sebab bff warna warni mahu buat tempahan goodies untuk satu event yang dia handle untuk hari sabtu. parking di luar. 15 minit je. surat saman oleh kuda putih telah diletakkan cantik dalam raga nouvo. wtfish!!!!!!!!!! aku buka tengok.. wah! nasib baik saman parking je. tak masuk mata kejara beb sebab aku masih p.. hokhokhok~~ loser ae p~~ peduli ape aku loser. bukan bapak orang lain ada tolong bayar masa aku na amik lesen en. balik platinum. minum air kosong untuk kosongkan minda. tido.


studio pagi ni tak stress macam masa aku present concept last week. sangat kejang ketika itu. tapi aku glad concept aku lepas. prestigious island. aku nak pecahkan kuantan menjadi pulau. boleh jadi? cuma masih mencari idea mahu buat schematic plan. masing-masing macam tak bersedia nak pergi kota singa. ye la. pagi tu ade studio boleh tak? sangat tak bersedia. petang ade class transport. ada test yang aku tak tahu pe aku perlu jawab..


so, habis petang tu dengan class. balik terus terusan platinumies pack baju. masing-masing dengan beg tarik sorang satu. hahah! biasalah. perempuan. macam-macam nak diangkut. tumpang-tumpang kawan sampai dalam campus dan naik bas uitm di hatiku ke sentral kuala lumpur. naik tren 10.30 malam.


dalam tren gila bapak hiruk pikuk. dua gerabak tu kami je yang conquer. macam pasar ikan. dalam kul 11.30 pm belum sempat sampai stesen kajang, tren berhenti. bising-bising lagi. aku dengan kawan sekampung lagi la berdebar.. kajang siot. berhenti lak tu. tapi sume wondering nape tak berhenti di stesen. lama-lama, masing-masing malas nak layan hal tren. hiruk pikuk dan jadi senyap sunyi. sume tertidur.


sedar-sedar da 3.30am. smer start borak balik. tapi ade something yang tak kena. rupanya kami di tempat yang sama kami tidur tadi. wtfish! tren tak jalan pown 4 jam ni! selidik punya selidik, rupanya lokomotif rosak. aduih~ delay aa dalam 5 jam. dalam pada nak buat-buat tenang tu, kami duduk kat pintu hirup udara awal pagi. tiba-tiba...

"jom pegi cafe nak..."' kata otai kota singa.

"jom2 abang chief de mission pown ade kat cafe tu kan", kata sorang yang tak dapat aku tangkap sape.

"jom. kte suruh abang chief de mission belanja kte coffee..", lalu kami dalam 9 orang bergerak dari gerabak K2 merentasi K3 dan setibanya di L2, mr president persatuan panggil otai kota singa yang lead penjelajahan ke cafe.




"otai kota singa! keretapi ni mana ada cafe.....!"'


PERGH!!!!! hancur hati aku yang mengiginkan secawan cappucino di kesejukan malam ni. wtfish! rupanya, tak semua tren ekspress ada cafe. hahahah! sape tah yang cakap abang chief de mission ade kat cafe lagi tu! what a dick! yang kami pun bukan nak bertanya dulu ke apa. terus redah je. sekali amik kau! da selang dua gerabak baru nak sedar. huh. jadi kami meneruskan malam chatting and ade yang snoring dikala hati membuak kerimasan. dalam 4.30 am baru tren jalan ke kota singa.


dah la. mahu makan cekodok tepung hasil tangan mama. nanti aku cerita ape yang berlaku di kota singa.

Monday, March 8, 2010

wah!!!!!

it's been a long week since i post the last entry.


entri kali ini agak membosankan. entri yang penat.

banyak keje. banyak. banyak. and that means a lot! aku buat sektor perniagaan. dah lama tak buat. since part 4 diploma dolu. siyes blurr.. kekuatan 3 anggota sememangnya tak mencukupi dari pandangan mata kasar. tapi akhirnya kami berjaya siapkan semua yang dikehendaki. bagus tak bagus belakang kira sebab dah penat kan. huh~ selesai satu keje.


main futsal. inter-part. masa diploma, pernah menang. tapi jarang ada yang menghargai. dari zaman abstrak jingga hingga ke geng gagak hitam. dari sekurus kurus manusia hingga la ke secomel comel manusia. skuad futsal yang satu ni memang tak pernah tukar player. Jadi aku iktiraf ini sebagai hebat~~



Last week present concept plan... percubaan pertama yang membawa sinar. lulus. credit kepada kawan yang membantu mengeluarkan idea. aku pakai sikit je keh! lebih2 aku punya!! so, merangkak membuat schematic plan. beratur lagi dua tiga assignment. masa sekolah sibuk na masuk universiti sebab ta nak buat homework. da masuk U still kene buat assignment. dah tu la ni sebok fikir mahu kerja. nanti dah kerja ade lagi project nak kena handle.


sama je. bolak balik. and that's what life is. tapi aku gembira walopon susah sket. sebab aku ade family yang setia dengan aku, 'dia' pown wat masa ni setia agy dengan aku serta kawan-kawan yang paling setia yang tak jemu support aku dari segi moral, finance dan yang sewaktu dengannya.




penat. tapi belum sudah.




khamis 11032010. aku dan rakan-rakan yang kurang duit membantu lecturer buat kerja sambilan. survey update pelan land use. sitenye berdekatan umah aku. masyuk~ jangan tanye berapa tapi cukup la nak tanggung idup aku seminggu. penat2 seronok. aku suka ayat ni. hehe~ keje senang dah biasa buat. bak kata supervisor "planner tak reti baca pelan baik mati je" begitu kasar. tapi kami setuju.


ingat mahu saving lalu makan di rumah. tapi family balik kampung. nak urut kaki ayah sakit. so, terpaksa lah aku makan kat kedai. terus balik shah alam.


malamnye. abang text "aku da transfer duit tambang ko nak gi Singapore" dan aku terdiam waktu tu. dalam poket ade 50. abang tambah 3rat. weyhh!! if aku kuarkan skang CONFIRM abes punya~ so i decided untuk menyengkekkan diri sekejap. betul-betul sekejap.


sabtu aku kuarkan duit. tengok V3 samseng jalanan katenye. dengan bff pinky. aku kuarkan sumenya.. so at that time aku banyak duit la kan. dan seperti yang dijangka, aku dah terlajak pakai 50 dari 3 rat tersebut. bila tersedar, buat2 tak panik.


petang aku tanya khabar pada ayah. "sihat ke tu.. jangan la wat keje berat-berat sangat nanti sakit lagi kaki tu.." aku tak leh bila ahli keluarga sakit. aku tak senang. terutama mama. "ayah ok je. ayah tengok indon buat keje je petang ni ayah tak angkat barang pown" katenye. "kang ayah masuk duit dekat kakak" DAN!!!!!!!!!!!!!!! rezeki melimpah ruah..


dapat cover balik duit tersebut. sekarang menunggu duit survey update pelan land use. harap dapat segera. dengan duit kerja part time masa cuti december lalu. huh~


sekarang tak berapa bz. kejap lagi mahu bantu bff badut misai menyiapkan tugas grouping english kami. petang ada exam nihon-go dan english language. sangat tidak bagus untuk minda aku kala ini.


sangat tidak ada mood. mahu bangun dan buat kerja~~~



huh~



xde mood. ta yah la wat. kan?