CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 26, 2011

perasaan bila buat thesis

aku bimbang


gelisah tak bermaya
manipulasi angkara kita
dan bencana yang melanda
generasiku menjadi mangsa

dan ini bukan lagi
seperti yang kau impikan
percaya kataku

aku bimbangkan dunia
tiada cahaya ku terima
aku tentang segalanya
moga kau kan turut serta
di dunia


kuasa sementara
komunikasi tiada makna
dan tindakbalas ego yang ku terima
tiada perasaan kecewa


dan ini bukan lagi
seperti yang kau impikan
percaya kataku


a lovely song called dunia
by bunkface
from the album  phobia phoney
in the year 2010

Saturday, October 22, 2011

sakit-sakit badan ni walau tak fikir masalah negara

entri ini berkisar kehidupan aku setelah duduk di rumah. tanpa teman melainkan mama dan adik yang setia. abang dan kakak ipar yang akan pulang jika tak sibuk. ayah pulak kerja. petang balik. malam minum teh. ada duit lebih baru kami ikut. kalau tak, aku lebih senang goreng naget ayam berteman teh stoberi diperkenalkan bff warna warni.

rindu!

JADUAL HARIAN
sejak balik rumah, pindah secara total, dari platinum, aku banyak masa terluang. tapi aku tak boleh nak kerja. aku kena ambil adik balik sekolah. ya. ada yang kata aku mencari alasan. tolong ok. betulkan persepsi kau. aku tak cari alasan. alasan tu melekat pada aku.

JADUAL BIASA TANPA AKU
pagi ayah hantar adik ke sekolah. pukul 9 mama dah mula buat karipap. [oh ya. family business. kalau nak tempah, email pada ainaniconcept@gmail.com] bancuh 3kg tepung sekali jalan. paling koman 6 jam baru siap. Pukul 2 petang mama perlu amik adik di sekolah. lambat kan budak sekarang balik sekolah? adik dengan lewehnye lagi, tunggu dia pergi tandas berjemaah lagi, tunggu dia makan di kantin sekolah lagi. paling2 setengah jam nak amik dia saja. sudahnya industri IKS mama terjejas.

JADUAL BIASA DENGAN AKU
pagi ayah dan mama jalankan ritun harian seperti biasa. jadi oleh kerana aku ada di rumah, aku amik adik yang balik sekolah pukul 2 petang. nasib baik, masa aku amik, dia tak meleweh. sebab masa first time aku amik dia hari tu, aku cari dia tak jumpa. tandas, kantin mahupun kelas. rupanya dia merayau2 dengan kawan2 jalan2 dalam kawasan sekolah macam la sekolah tu nak dirobohkan esok. aku senyap je. oke tipu. aku marah. sebab dekat sejam tunggu. dia tak muncul. sampai rumah, mama sambung marah dan kami tag team tabur peluru machine gun dalam telinga dia. lepas tu dia tak buat lagi. alhamdulillah..

budak ini bahaya.
jangan ajak pegi makan kalau tak ada duit.

PERBELANJAAN
itu kes empat bulan lepas. sekarang dah oktober. dah sebulan semester baru start. dana dari agensi pinjaman terulung ada 6rat lagi. pencapaian terbaik aku sepanjang belajar. kalau tak, sebulan pasti habis 3k. bukan sebab aku kuat berbelanja. tapi bantu keluarga. dan aku dapat pulangan. maksudnya, bila dah tak ada duit, aku boleh minta pada ayah. selalunya ayah bagi 110 seminggu. [sebab aku cakap kalau masuk cukup2 nanti nak cucuk kat bank lain susah. kena potong RM1.] so every end of month aku ada RM40 extra dalam account plus duit bulanan pemberian abang RM50. adalah RM90 buat duit poket =)

PERBELANJAAN SEMINGGU MASA DUDUK RUMAH SEWA
makan minum : RM 70 [kalau bff pinky masak lagi jimat. beli barang basah je]
minyak encik teddy : RM 20 [kadang2 bff warna warni support minyak sbb dia naik dengan aku] <---- harga untuk RON95 ye. dulu pakai RON97, seminggu dekat RM 30 tak termasuk kos minyak balik rumah kajang.
top up : RM10 [kadang2 mama/ayah/abang top up kan]

jadi dalam sebulan, belanja aku je plus minus 5rat. sebulan. tanpa komitmen. satu sem ada 4 bulan. jumlah 2k. ada baki lagi 1k dana agensi pinjaman terulung. cukup je sebenarnya. yang buat tak cukup adalah aku suka spent duit dulu kemudian baru fikir keperluan dan kehendak. cukup bab duit. sekarang perihal si teddy.



ENCIK TEDDY

sayang selasih hamba turutkan

ceritanya bermula begini.aku dah siap2. nak hantar tempahan popia nestum [untuk tempahan sila email ke ainaniconcept@gmail.com]. 10 botol. ke equine park, seri kembangan. encik teddy baru sihat seminggu setelah dia tak boleh nak start hari tu. jadi aku panggil adik sedara untuk repair. alhamdulillah oke. tapi kalau bawak lebih 60kph, lepas throttle, ada bunyi meletup. dengan mengandaikan yang segalanya akan menjadi terbaik, aku start encik teddy dan mulakan perjalanan ke seri kembangan.


lebih kurang 2 km melepasi tol seremban, aku mula rasa bosan dan mula menyanyi [bajet merdu habis!] tang chorus aku nak tarik baik punya, sekali kedengaran bunyi meletup dekat enjin encik teddy. enjin tak mati. tapi pulas throttle tak bergerak. nasib baik aku sempat ke laluan kecemasan. call ayah. ayah sampai dengan mama. adik sedara datang kemudian dan tunda encik teddy balik rumah. aku dan mama teruskan perjalanan menghantar popia nestum. industri IKS mama tergendala tika itu dan aku rasa amat bersalah.

block
piston yang dah rabak










seminggu tersadai. aku tak ada fulus. confirm dapat duit bantuan kerajaan, aku minta adik sedara datang repair encik teddy. makan seminggu jugak. baru elok. aku turun kl, balik. esoknya dah tak boleh start. sekali lagi adik sedara datang. tolong tuka fius. aku tukar starter relay baru lah dia elok seperti sediakala. lepas aku accident dengan bff pinky tahun lepas buat encik teddy bertambah meragam. kesemua total membaiki encik teddy pada cuti semester yang empat bulan ini adalah hampir mencecah 7rat dan itu mengurangkan duit pinjaman kerajaan yang aku dapat. tapi dia dah nak elok. aku nak modi sikit. nak tuka baju dia. tengoklah nanti tengok ea.





okeh. penat. dari duduk sampai baring. banyak lagi nak taip tapi aku kena mandi dan solat dulu. malam ni ada perjumpaan Malaysia Nouvo Community Negeri Sembilan. baru nak berjinak2 dalam bidang permotoran. lepas encik teddy sakit, aku jadi serik. dan aku akan jaga dia lepas ni.


courtesy of MNC 2011


hebat kan? nahh.. biasa je.. baru first time nak pegi. =P